Last two years kan, Nufa sambut birthday dekat Bandar Hilir, Melaka. Ahahaha.. itu pun nak bagi tau 😝
Tak sebenarnye Nufa nak cerita tentang tarikan terbaru yang terdapat di Bandar Hilir. Ikutkan dah banyak kali Nufa jejak Bandar Hilir ni tau, tapi ada aje new attraction places yang tetiba wujud. Sebelum ni Nufa ada tulis satu entry tentang tempat2 bersejarah di Bandar Hilir, boleh refer pada link JOM MELAKA!!
Tapi untuk entry ni Nufa nak fokus pada Masjid Selat Melaka & The Shore Sky Tower. Nufa dapat tahu tentang kewujudan masjid ini selepas melihat satu drama lakonan Remy Ishak. Masa tu Nufa rasa impressed sesangat sebab masjid yang terletak di atas air ni sangat cantik pada pandangan Nufa. Lepas tu dapat tahu masjid ni rupanya di Melaka aje. Apa lagi, gigih la kan repeat Melaka semula. Selain Masjid Selat Melaka ni ada satu lagi Masjid yang Nufa teringin nak pergi iaitu Masjid Kg. Hulu, juga terletak di Melaka dan merupakan sebuah masjid lama. Doakan Nufa murah rezeki ye, nanti boleh jejak semula Melaka dan ziarah Masjid Kg Hulu pula.
Kita kena memandu ke luar sedikit dari kawasan Bandar Hilir untuk ke sini. Pemanduan dalam lebih kurang setengah jam juga lah dengan berpandukan pada waze. Sebelum ke Masjid Selat Melaka ni Nufa pergi melawat dulu The Shore Sky Tower yang terletak di Bandar Hilir. Memandangkan dah banyak kali bercuti ke Bandar Hilir, maka Nufa cuma tuju pada tarikan baru saja lah. Laluan ke masjid ini agak tersorok sket dan perlu melalui deretan bangunan kedai. Masa Nufa ke sini dulu, banyak lagi lot-lot kedai yang kosong. Kawasan sekitar macam agak terbiar aje.. ke aku yang salah masuk jalan? 😁
Tapi takpe, yang penting sampai! Dan yaaa.. Masjid ni memang terletak betul2 di pesisir Selat Melaka. Cantik sangat masjid baru ni. Kalau anda ke sini pada waktu Asar - Maghrib, view lagi mempersona sebab kita boleh lihat matahari terbenam dari tepi masjid. Kawasan parking masjid sangat luas serta ada gerai dan kedai makan kecil di situ. Kemudahan pun sempurna. Masa Nufa ke sini, kelihatan beberapa buah bas persiaran yang datang singgah. Memang masjid ini menjadi tempat tumpuan pelancong jugalah rasanye.
Tembamnye iols masa ni, hakhak! |
Selain attraction places, Nufa juga mahu berkongsi dengan anda tentang masjid2 yang sempat kami lawati di sepanjang percutian kami. Harap tak bosan lah ye.
Satu lagi tarikan terbaru di Bandar Hilir ini adalah The Shore Sky Tower. Nak kata baru sangat tu tidaklah juga. Cuma mungkin Nufa aje yang baru tahu tentang kewujudan tempat ini. The Shore Sky Tower terletak di atas sebuah bangunan 42 tingkat. Bangunan ni sebenarnye shopping mall terbaru di Bandar Hilir, iaitu The Shore Shopping Complex. Nak ke sini pun berpusing-pusing juga uols sebab lokasi shopping mall ni pun agak tersorok. Dan perkara penting kena ingat di sini, sekarang mereka menggunakan sistem parking berkupon ye di sana. Nufa beli kupon parking dari 7 Eleven berhampiran dan parking di hadapan bangunan Shopping Mall aje.
Satu peket kupon parking tu harganya kurang daripada RM10. Dan boleh digunakan untuk tempoh 3 tahun. Hahaha.. sakit hati tak? Maknanya kalau nak habiskan kupon bertiket tu kena datang Melaka tiap-tiap tahun ke camne? 😝
So apa yang menariknye The Shore Sky Tower ni? Kalau nak cabar diri berjalan di atas jambatan kaca meh la ke sini. Kalau ada penyakit darah gemuruh, sila jangan datang sebab confirmed gayat! Rasa macam nak merangkak pun ada tau. Tapi demi mahu melihat pemandangan Bandar Hilir dari puncak menara, paksa juga berjalan dengan lutut terketar-ketar. Hahaha!! Sekali cukuplah, tak mau lagi datang. 😜😩
Ikan Koi tu tak panas ke eh? |
Dekat sini ada menara tinjau dengan lantai berkaca. Tapi untuk bergambar disitu anda akan dikenakan bayaran tambahan. Nufa tak pasti pula dengan harganya tapi Nufa rasa tak berbaloi la untuk cuba. Untuk naik ke tingkat 42 ni pun Nufa perlu membayar tiket berharga RM25 (dewasa) & Rm18 (kanak-kanak). Selain itu takde apa pun di atas ini, cuma kalau anda bercuti bersama anak-anak mungkin boleh melawat The Shore Oceanarium di tingkat dua shopping mall.
Next entry Nufa akan kongsi tentang hotel yang kami stay semasa percutian tempoh hari. Ada yang menarik di situ. Ok jumpa lagi.
Daaaaa..
Comments