Skip to main content

PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 5 @ LAST DAY, BUDGET & EXPENSES)


Alderney On Hay @ 3.00am


Hari ke-5 adalah hari terakhir kami berada di bumi Perth sebelum menaiki pesawat AirAsia pada pukul 6.50 pagi. Kami menghabiskan masa membuat persiapan terakhir  sepanjang malam, nak tidur pun tak berani.  Kalau anda menginap di sini, kena pastikan apartment berada dalam keadaan bersih sebagaimana anda menerima unit itu pada awal dulu. Jadi malam tu memang kami semua berkemas & packing all our belongings. Kami bersihkan tong sampah, buang sampah di tempat khas, bersihkan peti ais, vacuum sket karpet serta cuci dan letakkan semula peralatan ke dalam ruang yang disediakan. Sayu plak hati nak tinggalkan Perth.. 😢 


Kami check-out dari Alderney On Hay Apartment sekitar jam 3.00 pagi. Jarak apartment kami ke Perth airport tidak terlalu jauh pun, dalam 15 minit perjalanan aje. Cuaca pagi tu tersangat la sejuk. Dah lah sejuk, sunyi pula tu. Lagi bertambah sedih, huhuhu.. Tidak ramai pengunjung di Perth airport pada awal pagi. Proses check-in juga berjalan lancar.  Walaupun begitu, sila pastikan anda mematuhi segala peraturan airport dan airline ye. Dekat Perth airport ada disediakan ruang untuk timbang bagasi serta wrapping service. Lokasi tempat2 ini terletak di sepanjang pintu masuk airport serta berhadapan dengan kaunter check-in. Harga untuk wrapping service sekitar 15-25AUD, bergantung kepada saiz luggage serta lapisan wrapping yang anda mahu. Kalau anda datang secara berkumpulan, lakukan check-in process bersama-sama supaya anda boleh gabungkan jumlah kilogram(KG) luggage yang dibeli. 


Sesiapa yang nak refund tax tu, sila alert sket dengan papan tanda tax refund yang terletak SEBELUM kaunter pemeriksaan imigresen. Mereka ada gantungkan signboard  tax refund tersebut di bahagian atas kepala anda, jadi sila buka mata luas-luas sebab kaunter itu kecil aje dik non. Nufa  bernasib baik sebab tak ramai tourist pada masa tu, jadi kaunter tak penuh. Tapi kena ingat, anda kena berbelanja minima 300AUD dalam satu resit untuk layak menuntut tax tersebut. Tak boleh campur2 resit ye. Kena isi borang serta tinggalkan resit asal dalam envelope yang disediakan. Mereka akan beri pilihan samada debit semula jumlah tax tersebut ke dalam kredit kad atau bank in terus dalam akaun simpanan anda. Isi saja semua details yang diperlukan. InsyaAllah, dalam tempoh 2 minggu anda akan dapat semula tax refund tersebut dan mereka akan poskan resit asal ke alamat rumah. Memang cekap weh!


Memandangkan kami sampai ke Perth airport sebelum subuh dan proses check-in pun dibuat sebelum subuh, maka ramai peserta yang solat di ruang menunggu aje. Pandai2 la cari tempat tersorok untuk solat sebab surau hanya berada di luar kaunter check-in. So far takde lagi nampak kes kena halau semasa bersolat ni. Alhamdulillah sangat.. masyarakat mereka menghormati kita. Di sekitar ruang menunggu ada banyak kedai dan cafe. Setakat nak minum serta alas perut sebelum departure, memang boleh sangat. Cuma kena hati-hati aje la dalam pemilihan makanan. Nufa sendiri beli sandwich tuna dan mineral water untuk alas perut. 



Di sini Nufa share perbelanjaan hangus semasa kami berada di sana. Diharapkan boleh menjadi panduan untuk budget anda nanti.

  1. Ground package = RM2599 (harga pada September 2018) yang meliputi tiket penerbangan, tempat tinggal, airport transfer, transportation, entrance fees
  2. Top up luggage = RM 240 (20 kg pergi dan balik)
  3. Top up makanan = RM 300 (lunch & dinner)
  4. Top up meals on board = RM 36 (pergi dan balik)
  5. Travel insurance = RM100
  6. Tiket masuk ke araluen botanical garden = 15AUD
  7. Tipping driver = 10AUD

Total = RM3350 per person (RM3275 + RM75
          = RM 75 (15AUD+10AUD)


Ini harga pakej yang Nufa ambil daripada Caravanserai Holidays. Pada pemerhatian Nufa, ini antara pakej termurah yang anda boleh pilih untuk ke Perth. Tapi dah pastilah, bila murah tu tak dapat menetap di hotel kan? Walaupun begitu jangan risau, apartment yang mereka sediakan memang sangat selesa dan sekiranya anda memilih untuk masak sendiri di sana, berikut senarai supermarket untuk anda dapatkan barangan basah berhampiran apartment:-

  •  Woolworths Supermarket (terletak di Perth city)
  • Golden Hay Supermarket - untuk dapatkan daging halal (300 meter di belakang apartment)
  • Newroz Kebabs (berhadapan CAT bus stand)
  • Convenience store (bawah apartment)


Kebab tu dah tentu sudah siap dimasak. Ni kalau kes malas nak masak lerr.. 😋. Selain kebab ada juga pizza dan baklava. Nufa beli telur, butter, jus serta fruits dari Woolworths sebagai penyediaan breakfast kami. Roti Gardenia kami bawa dari Malaysia. Dekat convenience store bawah apartment tu Nufa cuma beli mineral water serta Dare Coffee. Sebab tu lah, end up segala mak nenek Brahims' yang kami bawa tak makan. Hahahaha.. adeh. 


Ini kos untuk pakej ye, mungkin anda boleh dapatkan budget yang jauh lebih murah dari ni dengan trip yang diuruskan sendiri. Nufa cuma bawa lebih kurang RM1500 aje untuk personal expenses. Duit untuk beli souvenir dan jajan - hehehe. Kalau nak shopping beria, maybe tak cukup. Please take note. Lolz!



Rasanya itu aje yang Nufa boleh cerita tentang entry kali ni. Enjoy your Perth trip!



Daaaaa..














Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,