Bukan main lagi tajuk entry pun.. 😘😍 Lupakan Fazura atau Shahizey Sam. Sekali kau datang sini, memang akan terjatuh cinta. Landskap Cappadocia sangat cantik. Silalah masukkan tempat ini dalam senarai lawatan anda ke Turki. Macam mimpi jadi kenyataan aje dapat tengok hot air ballon ni weh! Kami ke sini seawal pukul 7 pagi. Gigih ye sejuk2 tu keluar dari hotel naik van. Breakfast pun ala kadar sebab nak kejar masa, walhal jarak hotel ke tempat hot air ballon ini dinaikkan tidakla jauh mana pun. Punya bersemangat kan? Kalau nak tahu musuh utama hot air ballon ini adalah cuaca. Kalau angin kencang atau langit tidak berangin, ballon tidak dapat dilepaskan. Untuk makluman, dekat Turki ini ada dua tempat untuk kita enjoy hot air ballon iaitu di Cappadocia dan Pamukkale. Group Nufa sangat bernasib baik kerana berpeluang menaiki & melihat hot air ballon di dua tempat ini. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Sebenarnya Nufa dah bersedia kalau takde rezeki nak tengok h
~A Dream Catcher~