Bukan main lagi tajuk entry pun.. 😘😍
Lupakan Fazura atau Shahizey Sam. Sekali kau datang sini, memang akan terjatuh cinta. Landskap Cappadocia sangat cantik. Silalah masukkan tempat ini dalam senarai lawatan anda ke Turki. Macam mimpi jadi kenyataan aje dapat tengok hot air ballon ni weh!
Kami ke sini seawal pukul 7 pagi. Gigih ye sejuk2 tu keluar dari hotel naik van. Breakfast pun ala kadar sebab nak kejar masa, walhal jarak hotel ke tempat hot air ballon ini dinaikkan tidakla jauh mana pun. Punya bersemangat kan? Kalau nak tahu musuh utama hot air ballon ini adalah cuaca. Kalau angin kencang atau langit tidak berangin, ballon tidak dapat dilepaskan.
Untuk makluman, dekat Turki ini ada dua tempat untuk kita enjoy hot air ballon iaitu di Cappadocia dan Pamukkale. Group Nufa sangat bernasib baik kerana berpeluang menaiki & melihat hot air ballon di dua tempat ini. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Sebenarnya Nufa dah bersedia kalau takde rezeki nak tengok hot air ballon kerana kami datang semasa winter.
Kami meluangkan masa lebih kurang satu jam juga disini. Berpeluang melihat sendiri bagaimana proses hot air ballon itu dinaikkan dari mula sehingga berada di awan biru. Sangat seronok tapi dalam masa yang sama agak gerun bila dengar bunyi gas yang menderu kuat. Fuh! masa ni rasa bersyukur sebab tidak memilih untuk terbang sekali. Kalau anda tidak gayat, bolehlah naik ye. Nak masuk dalam bakul hot air ballon itu pun kena ada skill tertentu tau. Yang ni kena tanya pada yang berpengalaman. Hehehe..
Menurut kata tour guide kami, sebelum ini hot air ballon ride diusahakan oleh penduduk tempatan saja tanpa campur tangan kerajaan Turki. Tetapi selepas kerajaan Turki ambil alih operasi hot air ballon, harga untuk aktiviti ini sudah jadi agak mahal. Untuk naik hot air ballon ini sahaja anda perlu membayar sekitar RM960=230USD. Untuk enjoy pemandangan begini, anda perlu membayar lebih kurang 20 - 25USD.
Kami berada di Cappadocia selama 2 malam. Hari kedua di Cappadocia padat dengan aktiviti lawatan. Selain hot air ballon, ada banyak tempat menarik di sini antaranya Underground City, Pigeon Valley, Uchisar Castle, Pottery Shop, Dervent Valley, Pasabag Valley & Handmade Carpet shop. Anda juga boleh cuba atv & jeep ride selain boleh melihat Tarian Sufi semasa berada di sana. Aktiviti atv & jeep ride terletak tidak jauh dari lokasi hot air ballon. Untuk aktiviti begini anda akan dikenakan extra charges ye sebab tidak ada di dalam pakej.
|
Sekitar kawasan Underground City. Tapi kami tak masuk pun sebab tempatnya terletak di bawah tanah. Yang ada high blood atau low blood pressure, better avoid lawatan begini ya. Takut lemas pulak nanti. |
|
Kita pergi aboveground city untuk aktiviti shopping. Hikss! |
|
Dekat sini la korang akan mulakan aktiviti atv ride tu |
|
Jauhnye cik belon bawak diri |
|
Sambil berkenalan dengan stray dogs di sana. Hat ni comeyyy.. |
|
Dan mencuba ais krim Turki yang sangat terkenal ittew! Hahahaha.. sabar kena lebih nak beli ais krim ni 😝. Harga ais krim 10Lira |
|
Serta cuci mata tengok lampu cantik |
Walaupun tak ikut aktiviti atv & jeep ride, kami tetap dibawa ke tempat2 yang akan dilalui oleh atv & jeep tersebut. Nufa tak reti bawa motor, makanye tak beranilah nak mencuba atv. Takut ter"wheelie" plak atv tu nanti. Hahaha.. Tapi Nufa diberitahu untuk jeep ride agak extreme jugak aktivitinya. Melambung-lambung naik jeep dan kena pakai seat belt. Take note okeh.
|
Nufa @ Devrent Valley. Dekat sini ada banyak rock formation yang menyerupai arnab, kucing, unta & pelbagai bentuk lagi. Korang nampak tak? Puas Nufa tenung ni |
|
Teksi Turki berwarna kuning. Kebanyakannya adalah mpv |
Ramai yang bagi tips supaya lebihkan shopping di Cappadocia kerana harganya murah berbanding di tempat lain. Ok yang ini Nufa setuju. Kebanyakan souvenir di sini jauh lebih murah. Selain itu peniaga pun lebih peramah & rajin melayan pelancong jika dibandingkan dengan peniaga di Istanbul @ Grand/Spice Bazar. Ada satu ketika, seorang peniaga di sini pakaikan tudung cotton Turki di kepala Nufa. Alahaii.. tudung tu memang cantik, ada sulam bunga kecil tapi Nufa tak beli sebab kainnya agak jarang dan pendek. Walaupun kami bercakap macam ayam & itik, Nufa hargai sangat layanan dia. Kalau nak tahu camne rupa tudung cotton Turki tu, boleh tengok gambar sister yang tengah demo cara menghasilkan benang carpet. Macam tu la rupanye.
Selain Cappadocia, tempat lain yang anda boleh shopping souvenir dengan harga murah adalah di Bursa. Nanti Nufa akan share dalam entry Bursa okey.
Selain atrraction places yang Nufa sebut sebelum ini, ada lagi benda yang pelancong akan cari bila sampai di Cappadocia, iaitu Cave Hotel. Tapi trip kami tidak duduk di sana. Nufa rasa trip dengan ahli yang besar serta lama begini tidak sesuai untuk menginap di Cave Hotel walaupun view di situ agak awesome. Namun begitu, pihak agency menempatkan kami di sebuah hotel yang ala2 Cave Hotel ni jugak. Not bad la..
|
Katil itu diperbuat daripada batu. Jangan korang pandai2 nak gerakkan. Memang tak dapek laa.. |
|
Toilet pose satu! |
|
Madu fresh |
|
Buah maintain sebiji camtu gak. Haha.. |
Korang, Nufa share gambar kita dalam blog tau buat kenangan. Hikss!
Daaaaa...
Comments