Ada banyak pilihan pakej di pasaran sebenarnya dan Nufa lebih berminat dengan itinerary yang santai serta selesa. Tapi untuk pakej itu Nufa harus mengeluarkan perbelanjaan yang agak banyak. Setelah kira² dibuat, perbelanjaannya menghampiri jumlah pelaburan yang Nufa pernah keluarkan ketika ke Europe dulu. Takkan la semahal ini untuk ke Turki kan? Apatah lagi currency exchange pada ketika itu lebih kurang RM0.73 = 1 Lira. Setelah berbincang dengan Ibu, kami decide untuk ambil fullboard pakej iaitu pakej berjalan ke serata Turkey selama 9 hari. Tak best sangat ke pakej fullboard yang Nufa ambil ini? Ada pro and cons. Untuk pakej ini kami perlu menempuhi perjalanan dengan jarak melebihi 30,000 km. Keluar masuk hotel setiap hari & perlu berada dalam bas untuk jangka masa yang lama. Ala2 roadtrip jugak la ni. Personally Nufa ok je dengan itinerary yang begini tapi risaukan ibu yang turut serta dalam rombongan. Trip begini sangat penat ye. Badan kena betul-betul sihat & fit.
Nufa @ Doha Airport |
Istanbul New Airport |
Nufa @ Istanbul Airport |
Antara benda yang Nufa rindu nak makan. Qatar sandwich. Hiks! |
Sejenis pancake |
Sejenis omelet. Makan sambil tutup mata. |
Perjalanan dari KLIA ke Turki adalah selama 13 jam. Sebab itu Nufa agak cerewet dalam pemilihan airline untuk long haul journey. Last two years, Qatar cuma bagi mineral water dalam cup aje. Tapi kali ini dapat botol kecil terus. Ada improvement! Cuma kali ini kami tidak dapat enjoy heavy meal sangat la sebab waktu penerbangan pun kebanyakannya pada awal pagi/ tengah malam. Lunch dan dinner mereka sedap okeh! Qatar Airways antara premium airline yang agak affordable. Ada in flight entertainment untuk kill the time, it helps a lot untuk orang yang mabuk udara macam Nufa. Cumanya flight dari Sabiha Airport ke Doha takde plak in flight entertainment tu. Tak pasti kenapa. Tapi masa nak balik dah tak peduli sangat sebab terlebih penat. Hehehe..
1st stop in Turki |
Korang mampu tak makan lauk cenggini selama 9 hari? 😋 |
Dekat Turki ni nak makan apa pun senang. Antara mampu telan dengan tidak je. |
Somewhere in Turki |
Kami sampai di Istanbul Airport lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Selepas semua urusan di airport selesai, kami terus menuju ke Bolu dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sebelum itu kami berhenti makan tengahari di RnR dan beberapa tempat lagi untuk natural call sebelum check-in hotel di Bolu. Bolu ini sudah terletak di kawasan luar bandar. Takde tourist attraction agaknya di sini. Untuk trip ini ada sesetengah tempat yang kami singgah hanyalah untuk bermalam saja. Sebab itu Nufa kata ada pro and cons kalau kita ambil fullboard package begini. Ada yang cakap itinerary agak boring & buang masa. Tapi untuk Nufa sendiri, seronok aje dapat menikmati pelbagai pemandangan di sepanjang perjalanan. Benda macam ini kalau berkemampuan kena buat once in a lifetime. Kau tak kan repeat kerja gila ni setiap tahun. Percayalah!
Badan pun dah penat, berbelas jam dalam flight dan disambung pula dengan beberapa jam perjalanan lagi ketika cuaca semakin dingin, kira hebat la kalau mampu celikkan mata sebelum sampai hotel. Hehehe..
Daaaaa...
Badan pun dah penat, berbelas jam dalam flight dan disambung pula dengan beberapa jam perjalanan lagi ketika cuaca semakin dingin, kira hebat la kalau mampu celikkan mata sebelum sampai hotel. Hehehe..
Daaaaa...
Comments