Skip to main content

BOLU ~ ANKARA




Sebelum terlupa mari kita belajar sikit bahasa Turki. Ni perkara asas kena ambil tahu, penting untuk keselesaan kita. 


WC / Tuvalet = Tandas
Mescit = Surau/Masjid
Bayan = Perempuan
Bay = Lelaki


Sila ingat perkataan ini dahulu sebelum belajar perkataan lain ye 😅😆😂 Orang Turki tak fasih berbahasa Inggeris. Memang susah nak berkomunikasi dengan mereka terutamanya dengan penduduk di kawasan pendalaman. Tetapi peniaga mereka sudah mula belajar cakap bahasa Melayu / Indonesia. Contoh seperti : 4 keychain 10 Lira!, Malaysia Boleh!, Mari sini, Cepat2, Bossku! & Ibu. Simple words sajalah. Jangan pulak korang bantai berborak dengan mereka nanti.


Tapi ada satu peristiwa di Grand Bazar yang Nufa takkan  lupakan dimana seorang peniaga disitu mengajak kami masuk ke kedainye sambil berkata " Mahal, mahal!!" 😆😆😆😆😂 Aku nak gelak depan dia weh! Korang jangan pedajal orang boleh tak? Tak baik oh ajar benda yang sesat ni. Hahahaha... 


Ok, back to our itinerary. Dari Bolu kami meneruskan perjalanan ke Ankara selama lebih kurang 3 jam. Di Ankara kami meluangkan masa melawat Ataturk Muzium sebelum ke Cappadocia.  Ankara ini merupakan bandar kedua terbesar di Turki selepas Istanbul. Kalau tak silap, ia juga merupakan ibu negara Turki sekarang. Nufa rasa salah satu sebab kenapa Turki memindahkan ibu negara mereka ke Ankara adalah kerana Istanbul sangat-sangat sesak. Macam dah tak sesuai dijadikan pusat bandar. Ankara, Istanbul  & Konya merupakan tiga tempat dalam Turki yang Nufa boleh katakan agak moden. 


Salad everywhere 😅

Nampak tak pie tee kat belakang tu? Kau amik pie tee, lepas tu letak je la apa2 filling yang kau suka dan makan. Memang tak reti nak makan benda alah ni. Dan lagi, nampak tak buah limau kat situ? Mereka ni bagi kita makan buah sebiji-sebiji macam tu aje okeh. Ganas sangat 😆


Madu - Fresh from oven.

Sangat benar kucing jalanan Turki adalah sihat, bersih & gemuk 

Hotel di Bolu

Nufa nak sentuh sikit mengenai hotel yang terdapat di Bolu dan di beberapa kawasan pendalaman yang lain seperti Cappadocia & Pamukkale. Untuk makluman, kebanyakan hotel yang terdapat di sini adalah merupakan binaan lama. Hotel pun tidak tinggi, dalam 2 - 3 tingkat sahaja. Ada hotel yang tidak menyediakan cerek elektrik atas faktor keselamatan. Selain itu, lift juga tidak disediakan. Yes takde lift, anda tidak silap dengar. Apa pun Nufa hargai sangat sikap prihatin pihak agency yang memberikan kami bilik di aras bawah. Travel masa musim winter confirmed beg akan berat. Di sini Nufa nak cadangkan supaya anda cuba meminimumkan barangan yang hendak dibawa & sila dapatkan maklumat lanjut mengenai tempat penginapan di tiga tempat ini. Menangis la weh kalau terpaksa seret beg  naik ke tingkat dua atau tiga hotel. Take note okeh. 


Nufa taknak bercerita banyak sangat pasal Ataturk. Kalau sesiapa nak info lebih, boleh google ye. Lagi pula bukan semua tempat dalam muzium itu dibenarkan untuk bergambar. Kena pergi dan lihat sendiri. Macam-macam ada dalam muzium itu yang berkaitan dengan peninggalan Ataturk. Patung lilin beliau pun ada. Cuma dekat sini kita tidak digalakkan bercakap pasal Ataturk secara terbuka, apa yang terbaik kita terima aje segala cerita yang disampaikan. Agree to disagree. Dan jangan mempersoalkan kenapa rakyat Turki selamba pegang dan membela anjing. Mereka boleh kerana mereka mengamalkan mazhab maliki. Tidak dinafikan juga masyarakat sana agak liberal tapi kena kaji kenapa jadi begitu. Bukan hanya di Turki, tapi masyarakat di negara Balkan pun "berbeza". Mereka tidak sama macam kita di Malaysia. Mazhab berbeza, budaya juga berbeza. Ini salah satu sebab kenapa Allah s.wt menggalakkan kita bermusafir. Selain untuk melihat alam ciptaan Tuhan, kita digalakkan untuk saling kenal-mengenali dan belajar melihat dengan kepala hati.


Image from quran.com


Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”(Al-An’am 6: 11)


Selain daripada itu antara doa yang mustajab adalah doa orang bermusafir. Maka doa la banyak-banyak ye. Macam Nufa, berkali-kali doa untuk bertemu jodoh dengan orang sana. Tapi entah lah kan.. 😆












A must have picture. Hiks!

Bersama makam Ataturk. Tapi jasad takde kat sini pun, ditanam di tempat lain.


Kawasan sini agak luas. Kita melawat tempat yang penting sajalah. Masa pun tidak lama. Oh by the way toilet kat sini ada gayung 😉




Nak pergi makan

Ini adalah Ankara

Penunggu kedai makan

Orang Turki suka makan daging & sup kacang dhal



Satu perkara yang sangat ketara di Turki ini adalah setiap pengunjung yang datang ke muzium dan bazar akan melalui proses body scanning. Beg pun mereka akan scan juga. Lebih kurang macam process kat airport tapi takdelah complicated sangat. 


Next entry Nufa akan cerita pasal Cappadocia ye. Tempat yang paling menarik di Turki. Tunggu tau!


Daaaaa...

Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,