Skip to main content

CYBERVIEW RESORT & SPA @ CYBERJAYA

 

Merhaba!
Haa.. motif tiber cakap Turkish? Sebenarnya sekarang ini Nufa tengah ambil kelas Bahasa Turkish secara online. Saja nak kill the time sambil berangan kalau repeat Turkiye satu hari nanti dah boleh la berborak dengan rakyat sana. Tapikan memang agak payah la Dik Non nak fasih Turkish language ni. Duduk kat Malaysia tak tahu nak practice dengan sape. Well, takde kaitan dengan entry Cyberview Resort ni pun, saja nak sembang manja. Kah!
























Masa Aidilfitri yang lepas, Nufa ambil peluang untuk pergi bercuti. Konon ambil cuti tahunan agak lama nak berjalan jauh la sket dari KL/Selangor tapi lepas tu tak konfiden pula kerana risau tersangkut berjam-jam dalam trafik. Maklum la kan, dah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat pulang berhari-raya. Belum start enjin kereta dah boleh bayangkan bagaimana sesaknya nanti highway. Sudahnya bercuti aje la di Cyberjaya. Entry kali ini Nufa share gambar agak banyak tau. Nufa rasa Wow sangat la resort ni. Dalam bandar ada eh resort ala-ala kampung? Nufa baru tau..

Nufa ingatkan bila pergi bercuti semasa musim perayaan ni takde la ramai sangat orang. Rupanya tak juga. Disebabkan konsep percutian kali ini adalah beraya sambil bercuti, maka pada hari kejadian kami check-in bilik pun agak lambat. Kami sampai Cyberview sekitar 3.30 petang, tapi bilik hanya tersedia dalam pukul 5.00 petang. Nufa request bilik bawah (ground floor) memandangkan datang bersama Ibu. Bilik yang Nufa minta ini agak terhad unitnya & tercampak jauh ke depan berhampiran pintu masuk. Pihak hotel sebenarnya dah siapkan bilik lain untuk Nufa tapi Nufa tolak sebab unit lain tu kena panjat tangga sikit. Tapi lokasi unit begini agak strategik iaitu berhampiran dengan kolam renang. Yang mana datang bersama anak-anak boleh consider unit berhampiran kolam renang. Ini ringkasan bilik/unit yang Nufa pilih.

  • Jenis bilik : Deluxe Twin Room (ground floor). Parking kereta kat depan unit aje.
  • Harga : RM599.76 (harga untuk 2 malam termasuk breakfast. Ini harga Genius Level 2 Booking.com)
  • Lokasi unit : Berhampiran pintu masuk resort. Setiap unit ada beranda mengadap tasik tapi takde la jauh pun dari lobby hotel. Nak ke lobby/tempat makan/swimming pools jalan kaki pun boleh
  • Dapat twin bedded. Bilik luas (boleh refer gambar). Kalau masuk berempat pun masih ngam lagi
  • Amenities semua lengkap, siap ada sinki dekat pantry
  • Ada kemudahan buggy, tapi tak guna




Kawasan resort boleh dikatakan agak luas. Parking banyak serta yang paling menarik perhatian adalah kolam renang mereka. Dekat sini ada tiga buah kolam renang dengan pelbagai kedalaman. Kesemua kolam-kolam tersebut disusun secara bertingkat. Tingkat paling atas & bawah khas untuk kanak-kanak. Manakala kolam dewasa berada di tengah-tengah. Pool dibuka seawal 8.00 pagi sehingga la 7.00 malam. Tak perlu booking slot, mandi la sampai puas. 

Pada awalnya Nufa bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Cyberjaya semasa menginap di sini tapikan bila dah sampai hotel tu macam malas la pula nak keluar. Tambah lagi waktu musim perayaan dikhuatiri banyak kedai/tourist attractions yang masih tutup. Jadinya kami habiskan masa dalam hotel saja la. Order makan pun dari in house restaurant aje. The Verandah restaurant agak terkenal dengan makanan yang sedap. Spaghetti Carbonara, Nasi Goreng Kampung dan Fish & Chips memang sedap, korang kena cuba. Breakfast spread & Dim Sum biasa-biasa aje. Tapi dalam pada biasa-biasa tu macam banyak je makanan atas meja kan? Hikss..










Personally Nufa rasa hotel ini boleh dijadikan sebagai tempat pilihan bersantai waktu hujung minggu tanpa perlu bergerak jauh dari KL/Selangor. Cumanya kat sini takde sea view la. Kalau nak enjoy sea view kena pergi Sepang atau paling dekat Port Dickson. Bercakap pasal Port Dickson, Nufa ada satu entry tertangguh mengenai Avillion PD. Nanti Nufa akan share ye. Cuma kat sini waktu malam agak sunyi, lampu di sekitar hotel pun romantik sangat. Mungkin kerana unit kami terletak agak tersorok di depan resort jadinya Nufa tak berani nak lepak kat beranda yang mengadap tasik waktu malam, gelap betul. Ini la masalah utama orang penakut tau.. macam-macam terbayang dalam kepala padahal takde menda pun! 






Selain pokok kelapa, ada banyak pokok buah-buahan kat sini tau. Antara yang kami jumpa adalah pokok nangka/cempedak kat unit bilik kami. Nufa ada masalah sikit nak kenal pasti antara pokok cempedak dengan nangka. Hahaha.. Tapi buah pun dah besar weh, cuma takut nak ambil je. Eh, eh.. baru habis puasa nak tambah dosa. Lols! 

Ok la, jumpa lagi

Daaaaa...












Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,