Port Dickson ni walaupun dekat aje dengan KL/Selangor tetapi tetap la tidak dapat dijejaki setiap tahun. Nufa pun tak pasti kenapa ek tidak boleh jadikan PD sebagai lokasi tahunan yang wajib untuk dikunjungi. Sedar-sedar baru perasan dah lama rupanya tak pergi PD. Lepas tu macam kalut sebab Port Dickson dah banyak berubah wajah. Pergi PD pun sebab dapat beli voucher murah daripada Avillion Group. Hehehe..
Nufa ke sini sebelum bulan puasa tempoh hari. Macam yang Nufa cakap, Avillion Group kerap offered voucher murah untuk orang ramai. Harga agak affordable bila ada promosi. Satu perkara positif yang Covid19 bawa adalah, kita boleh lihat betapa banyaknya hotel mahal di Malaysia sanggup menjual bilik-bilik mereka pada harga mampu milik. Tapi kita jangan tengok brand seperti Ritz Carlton atau St Regis semua tu, mereka dah another level. Jadi Nufa pun ambil peluang ini untuk bercuti ke hotel yang dulu nak jeling pun takut. Hahaha.. serious la, kadang-kadang Nufa rasa percutian dalam negara macam lagi mahal aje. Cumanya bila bercuti semasa era pandemik ni tak berapa selesa sikit. Kena ikut SOP terutamanya pemakaian face mask. Tapi takpe la, harap di masa hadapan kita boleh bergerak bebas macam dulu.
Nufa ada satu habit kalau bercuti dalam negara mesti kena berhenti di mana-mana RnR. Selain memenuhi tuntutan nature calls, solat dan sebagainya, Nufa nak beli jajan yang susah nak dapat di KL seperti keropok ubi ini. Hahaha.. ye, perangai betul kan. Sebab RnR ni boleh dikatakan antara tempat berkumpulnya makanan penduduk setempat. Sape ada perangai macam Nufa ni kita geng okey!
Perjalanan ke PD tidak lama sangat, sekitar 2 jam setengah dah sampai. Kami pun takde perancangan untuk singgah di mana-mana sebelum check-in hotel. Agak bosan sikit corak percutian semasa era pandemik ini. Nak merayap & berkumpul ramai-ramai belum konfiden lagi Dik Non. Sebab itu pilihan hotel dalam tempoh ini adalah hotel yang boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lain selain tempat tidur & makan.
Kawasan hotel memang besar dan luas. Parking je la macam limited sikit tapi pihak hotel ada buka parking area di sebelah kawasan hotel. Ada satu kawasan tanah lapang yang terdapatnya bekas tinggalan rumah pengusaha Zaiton di situ. Nufa dapat parked dalam kawasan hotel. Jangan risau dua-dua kawasan ini ada security guard yang jaga. Masa Nufa sampai ke sini ada 5 syarikat yang datang untuk company event. Konon-konon nak elak tempat crowded, tapi jadinye sesak juga masa tu. Mujur la resort ni besar, dapat juga social distancing di situ dan yang paling penting tempat ni cantik ye. Nufa pusing habis resort ni. Puas hati. Cuma resort dah agak lama jadi tak boleh la bandingkan dengan Hibiscus Lexis dan yang seangkatan dengannya.
Memandangkan resort ini besar, pihak hotel ada sediakan peta untuk setiap pengunjung. Mereka akan guide kita tempat-tempat penting yang terdapat dalam resort juga number telefon yang perlu dihubungi jika kita perlukan sesuatu. Sama macam Cyberview Resort & Spa juga, mereka beri peta pada setiap tetamu. Jadi boleh bayangkan tak betapa luasnya resort ini. Basah ketiak berjalan dari satu hujung ke hujung yang lain. Percutian kali ini Nufa duduk di Garden Chalet. Tapi nama je Garden Chalet, pihak hotel beri kami bilik yang tidak jauh pun dari laut. Dari bilik boleh dengar bunyi hempasan ombak setiap awal pagi dan lewat petang. Sudah la bilik dekat dengan laut, luas pulak tu, ada aircond dan juga kipas. King bedded boleh tidur 3 orang, day bed pun selesa. Cumanya katil agak tinggi. Kalau ada anak kecil kena hati-hati ye. Satu lagi Garden Chalet ni ada dua tingkat. Kalau dapat tingkat atas, jenuh panjat tangga tau. Lif takde, kalau bawa stroller sila request bilik bawah. Even bilik bawah tetap kena naik tangga juga, tapi boleh dimaafkan lagi ketinggiannya itu.
Kenapa tak duduk kat Water Chalet? 😏😏😏 Ibu takut nak duduk atas air! Katanye nanti bilik hanyut dibawa air laut. Pastu dengan kita pun jadi takut pulak tetiba. Aihhh..
Kalau tak silap Nufa terdapat 2 atau 3 in house restaurant kat Avillion PD tapi masa kami bercuti ke sana hanya satu aje restaurant yang mereka buka. Semua tetamu tertumpu di situ untuk breakfast, lunch & dinner. Memang jadi sesak lagi-lagi bila ada big event. Nak breakfast pun kena queue up. Masa lunch/tea time je la agak relax sket tak berebut. Tapi breakfast spread agak banyak, makanan pun sedap. Menu untuk in room service pun not bad. Nufa order je dari hotel restaurant sebab malas nak keluar.
Terdapat 3 pools dekat Avillion PD. Dua pools yang berhampiran dengan restaurant adalah pools untuk orang dewasa & kanak-kanak. Manakala terdapat satu lagi pool khas untuk orang dewasa yang agak tersorok berdekatan laluan ke AVi Lounge. Kalau tak silap pool dewasa ni namanya Coachin Pool. Tapi kan.. hahaha, nak cerita juga la ni. Nufa tak berani nak mandi pool masa tu sebab Nufa ternampak pekerja hotel tuang klorin dengan jumlah yang banyak ke dalam kolam. Banyak giler klorin & mereka tuang macam tu aje, tak nampak pun mereka bersihkan kolam secara proper. Alaa.. spoilt btol! Mungkin pihak hotel tak sempat nak cuci dengan sempurna kerana ramai tetamu. Husnudzon..
Avillion PD terletak di tengah-tengah antara Pantai Riau & Pantai Tumasek. Kedua-duanya adalah private beach. Bilik kami berhampiran dengan Pantai Riau, di mana aktiviti sukan air seperti jet ski & banana ride banyak terdapat di sini. Ada juga yang berkelah di tepi pantai tapi kami sekadar berjalan-jalan sepak ombak & bergolek atas pasir saja. Mandi laut pun setakat buat syarat sebab takut sunburn, hahaha... Camne ntah nak lepak tepi laut tapi takut sunburn 😝 Ada satu lagi aktiviti yang boleh dibuat di sini iaitu memancing ikan & ketam. Kebanyakkan tetamu yang menginap di atas water chalet akan ambil peluang untuk memancing. Nufa ada ternampak satu couple ini berjaya memancing sekotak penuh ketam sewaktu kami pulang dari AVi Lounge.
Best ke lepak AVi Lounge? Yes untuk Nufa yang setakat nak menikmati keindahan sunset. Harga yang dibayar memang untuk enjoy the view pun. Snack untuk tea time biasa-biasa aje pada pendapat Nufa. Cocktail dapat order sekali, kemudian ada la selection kuih-muih, air kosong & satu minuman panas. Konon-konon Hi-Tea kat lounge atas air sambil pakai smart-smart sebab ada dress code. Kah! Tapi heyy.. pengalaman juga la tu kan?
Overall Nufa puas hati dengan percutian di Avillion Port Dickson. Santai-santai dengan aktiviti yang sempoi disamping vibes ala-ala kampung camni. Nufa sempat berborak dengan seorang tetamu di situ, dia menginap di Avillion PD satu family selama 5 hari. Hebat kan? Kadang-kadang kita memang perlu luangkan masa dengan tempat yang sunyi begini. Oh lupa, kat sini ada petting zoo tau tapi Nufa tak masuk pun sebab dalam tu penuh dengan kanak-kanak riang-ria. Aku segan nak masuk okay.. Tapi burung merak bersepah dalam resort. Ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Yihhhhh..
Ok la, semoga berjumpa lagi di entry akan datang. Jaga diri.
Daaaaa...
Comments