Skip to main content

DESA DAIRY FARM #SABAH YANG OSEM! ~ Part 3


Kunjungan ke Kundasang dikatakan tidak lengkap kalau kita tidak ke sini - Desa Dairy Farm a.k.a New Zealand Malaysia. Desa Dairy Farm ini merupakan tempat penternakan lembu & kambing yang terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Ladang ini berkeluasan 199 hektar dan berhampiran dengan kaki Gunung Kinabalu. Selain menikmati pemandangan serba hijau beserta udara nyaman & sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa - Cewah!!! kita juga boleh melihat Gunung Kinabalu dari jarak yang sangat dekat. Seolahnya gunung tersebut berdiri dengan gagah di depan kita sambil berkata - Kau ni tak sudah2 ambil gambar aku bah!! Gitu la.. 

Jom kita tengok gambar ye.








Konon nak ambil pose sambil melompat, nak tunjuk betapa terujanya iols dengan tempat ni tapi lepas tu baru sedar badan tak berapa nak ringan untuk melompat. Makanya jadi la pose catwalk ala2 model tak berapa nak jadi seperti kat atas ni. Ehehehe..





Lembu pun pandai beratur uols





Ini aiskrim durian. Delicious giler!




Moo Mooooo.....



Fefeeling apa ntah!




Kalau da sampai sini, sila la cuba aiskrim yang sedap sangat macam dalam gambar kat atas tu ye. Actually ada macam2 flavor yang dijual, tapi masa Nufa sampai sana da lewat petang, maka hanya perasa durian je yang tinggal. Macam frust sket la sebab Nufa bukannya penggemar durian tetapi aiskrim durian kat sini sedap weh!! Rasa rugi je sebab tak beli fresh milk sekali. Tak suka susu jugak sebab tu tak berani nak minum. Susu kotak yang dijual kat Giant supermarket pun Nufa tak nak minum. Ah, rugi!! Mesti sedap juga kot. So sila la rasa dua2 benda ni bila da sampai kat sini ye. Harga aiskrim tu untuk 1 scoop adalah RM5.



Sedikit info untuk readers :-

1) Bayaran masuk adalah RM4 untuk dewasa & RM3 untuk kanak-kanak
2) Waktu operasi dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang
2) Kalau nak tengok lembu comel kaler hitam putih tu, sila datang pukul 3.00 petang. Itu adalah waktu lembu dilepaskan & waktu perahan susu 
3) Jalan menghala ke ladang ni  agak berlopak-lopak , tidak rata & mendaki sikit. 


Selain lembu ada juga kambing yang diternak disini. Nufa singgah kejap je kat kandang kambing tu. Tak sempat pun nak bermesra-mesraan dengan kawanan kambing tersebut. Iols tak tahan la bau encik kambing, minta maaf  sesangat. Hehehehe.. Kalau anda sabar & mempunyai deria bau yang superb bolehlah spent masa bagi makan & bermain-main dengan kambing2 tersebut. They all sangat friendly tau. Jinak dengan manusia - tak tipu :-p



Baru lepas tengok kambing. Senyum pun sekerat - Lulz!









Antara tempat yang Nufa suka sangat dekat Kunadasang ni. Nampak tak tu muka puas hati.
Hehehe...




Comments

akma kamarudin said…
Dahh book ticket bulan 11 ni ,yeah ! Ta sabar ! Time lepas kan lembu tu mmg sama je pukul 3 atau beza2 ? Btw thanks for info
NufaDeeLa said…
Agent yg bawa kami ke sana bagi tau pukul 3 baru mereka lepaskan lembu2 tu. Datang awal sket pun xpe, boleh makan aiskrim & minum fresh milk. Btw - happy holiday yee...

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,