Kunjungan ke Kundasang dikatakan tidak lengkap kalau kita tidak ke sini - Desa Dairy Farm a.k.a New Zealand Malaysia. Desa Dairy Farm ini merupakan tempat penternakan lembu & kambing yang terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Ladang ini berkeluasan 199 hektar dan berhampiran dengan kaki Gunung Kinabalu. Selain menikmati pemandangan serba hijau beserta udara nyaman & sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa - Cewah!!! kita juga boleh melihat Gunung Kinabalu dari jarak yang sangat dekat. Seolahnya gunung tersebut berdiri dengan gagah di depan kita sambil berkata - Kau ni tak sudah2 ambil gambar aku bah!! Gitu la..
Jom kita tengok gambar ye.
Konon nak ambil pose sambil melompat, nak tunjuk betapa terujanya iols dengan tempat ni tapi lepas tu baru sedar badan tak berapa nak ringan untuk melompat. Makanya jadi la pose catwalk ala2 model tak berapa nak jadi seperti kat atas ni. Ehehehe..
Lembu pun pandai beratur uols |
Ini aiskrim durian. Delicious giler! |
Moo Mooooo..... |
Fefeeling apa ntah! |
Kalau da sampai sini, sila la cuba aiskrim yang sedap sangat macam dalam gambar kat atas tu ye. Actually ada macam2 flavor yang dijual, tapi masa Nufa sampai sana da lewat petang, maka hanya perasa durian je yang tinggal. Macam frust sket la sebab Nufa bukannya penggemar durian tetapi aiskrim durian kat sini sedap weh!! Rasa rugi je sebab tak beli fresh milk sekali. Tak suka susu jugak sebab tu tak berani nak minum. Susu kotak yang dijual kat Giant supermarket pun Nufa tak nak minum. Ah, rugi!! Mesti sedap juga kot. So sila la rasa dua2 benda ni bila da sampai kat sini ye. Harga aiskrim tu untuk 1 scoop adalah RM5.
Sedikit info untuk readers :-
1) Bayaran masuk adalah RM4 untuk dewasa & RM3 untuk kanak-kanak
2) Waktu operasi dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang
2) Kalau nak tengok lembu comel kaler hitam putih tu, sila datang pukul 3.00 petang. Itu adalah waktu lembu dilepaskan & waktu perahan susu
3) Jalan menghala ke ladang ni agak berlopak-lopak , tidak rata & mendaki sikit.
Selain lembu ada juga kambing yang diternak disini. Nufa singgah kejap je kat kandang kambing tu. Tak sempat pun nak bermesra-mesraan dengan kawanan kambing tersebut. Iols tak tahan la bau encik kambing, minta maaf sesangat. Hehehehe.. Kalau anda sabar & mempunyai deria bau yang superb bolehlah spent masa bagi makan & bermain-main dengan kambing2 tersebut. They all sangat friendly tau. Jinak dengan manusia - tak tipu :-p
Baru lepas tengok kambing. Senyum pun sekerat - Lulz! |
Antara tempat yang Nufa suka sangat dekat Kunadasang ni. Nampak tak tu muka puas hati.
Hehehe...
Comments