Siapa kata Malaysia takde tempat yang cantik. Ada uols.. salah satunya dekat Kundasang, Sabah ini la. Untuk orang yang tidak sukakan percutian ala2 countryside macam Nufa ni, Kundasang telah mengubah 100% persepsi Nufa pada percutian di desa.
2 tahun lepas sewaktu kali pertama Nufa datang ke Sabah, masa banyak dihabiskan di sekitar pekan KK & juga pulau. Untuk info - pulau dekat Sabah ni memang cantik sangat, tak rugi untuk pergi. Tapi kunjungan kali ini Nufa nak cuba explore Kundasang pula. Kami memilih Kinabalu Pine Resort (KPR) sebagai tempat untuk menginap selama 2 malam. Ok kita jamu mata tengok gambar dulu ye.
Hanya mampu memandang, tapi kaki tidak mampu mendaki. Kikiki.. |
Alhamdulillah dapat tengok Gunung Kinabalu yang tersergam indah |
Ruang beranda yang luas, boleh main kejar-kejar lagi kat situ uols! |
Antara blok penginapan yang terdapat di sana |
Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih awal kita bergerak ke Kundasang adalah lebih baik kerana kabus tebal akan menghalang perjalanan seawal pukul 4 petang. Mengikut kata agent yang membawa kami ke sana, untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kundasang, seeloknya ambil la pemandu pelancong. Kerana jalan menghala ke Kundasang ni seperti jalan ke Cameron Highland - bengkang-bengkok seperti ular dipalu. Pening.. Tapi pada yang sukakan cabaran boleh je memandu sendiri ke sana. Perlu extra careful saja la sebab kita tidak biasa dengan jalan kat sana. Jangan risau, ikut signboard & waze InsyaAllah akan sampai :-D
KPR adalah antara resort yang agak popular di Kundasang. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan kaki Gunung Kinabalu menjadikan KPR pilihan kebanyakan pelancong. Dan lagi, kita boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelas dari sini. Dinasihatkan supaya tempahan dibuat awal sebulan 2 sebelum berangkat ke sana. Kalau pergi semasa musim perayaan/cuti sekolah - agak susah untuk mendapatkan bilik dengan walk in saja. Ada discount rate untuk government servant juga ye. Very the jelly iols yang keje private ni tau :-p. Oh ye - Kena bayar full payment semasa membuat tempahan & deposit RM200 semasa mendaftar masuk.
1) Harga bilik adalah berbeza-beza. Setiap bilik boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dewasa dalam 1 masa tetapi tetamu tambahan akan dikenakan charge untuk extra mattress. Blok P adalah blok yang paling mahal & mempunyai view yang paling cantik. Bangun pagi da boleh nampak Gunung Kinabalu depan mata :-)
2) Pakej penginapan di sini termasuk breakfast. Dinner pula upon request dan ada caj tambahan. Breakfast bermula seawal 7 pagi - dinasihatkan untuk sampai awal ke restaurant sebab tempat duduk agak terhad. Tetamu tambahan perlu membayar RM15 seorang. Konsep menu adalah fusion & akan bertukar setiap hari. Da bayar mahal2, makan la banyak2 ye uols.
3) Standard bilik - secara jujurnya interior design KPR ni biasa2 saja. Basic amenities semua lengkap - siap ada selipar lagi. Perabot dalam tu macam old fashion sket tapi surrounding area KPR memang terbaik.
4) Sila bangun awal sekitar 6 pagi untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Gunung Kinabalu ini ada kalanya pemalu sikit. Kalau tidak bernasib baik bangun awal pun nampak kabus tebal je. Menyorok disebalik kabus gittew.. hewhew
Kabin santai yang comel macam tuan punye blog ni juga. Ahaks! |
Amboi!! |
Pantang nampak camera, Lulz! |
Menyelinap masuk ke blok orang demi sekeping gambar yang cantik. Hiks! |
Ok, tak nak letak gambar lagi dah. Karang ada yang muntah. Ahahahahaha!!!
Daaaa....
Comments