Skip to main content

KINABALU PINE RESORT #SABAH YANG OSEM! ~ Part 2



Siapa kata Malaysia takde tempat yang cantik. Ada uols.. salah satunya dekat Kundasang, Sabah ini la. Untuk orang yang tidak sukakan percutian ala2 countryside macam Nufa ni, Kundasang telah mengubah 100%  persepsi Nufa pada percutian di desa. 

2 tahun lepas sewaktu kali pertama Nufa datang ke Sabah, masa banyak dihabiskan di sekitar pekan KK & juga pulau. Untuk info - pulau dekat Sabah ni memang cantik sangat, tak rugi untuk pergi. Tapi kunjungan kali ini Nufa nak cuba explore Kundasang pula. Kami memilih Kinabalu Pine Resort (KPR) sebagai tempat untuk menginap selama 2 malam. Ok kita jamu mata tengok gambar dulu ye. 





Hanya mampu memandang, tapi kaki tidak mampu mendaki. Kikiki..




Alhamdulillah dapat tengok Gunung Kinabalu yang tersergam indah





Ruang beranda yang luas, boleh main kejar-kejar lagi kat situ uols!






Antara blok penginapan yang terdapat di sana












Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih awal kita bergerak ke Kundasang adalah lebih baik kerana kabus tebal akan menghalang perjalanan seawal pukul 4 petang. Mengikut kata agent yang membawa kami ke sana, untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kundasang, seeloknya ambil la pemandu pelancong. Kerana jalan menghala ke Kundasang ni seperti jalan ke Cameron Highland - bengkang-bengkok seperti ular dipalu. Pening.. Tapi pada yang sukakan cabaran boleh je memandu sendiri ke sana. Perlu extra careful saja la sebab kita tidak biasa dengan jalan kat sana. Jangan risau, ikut signboard & waze InsyaAllah akan sampai :-D


KPR adalah antara resort yang agak popular di Kundasang. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan kaki Gunung Kinabalu menjadikan KPR pilihan kebanyakan pelancong. Dan lagi, kita boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelas dari sini. Dinasihatkan supaya tempahan dibuat  awal sebulan 2 sebelum berangkat ke sana. Kalau pergi semasa musim perayaan/cuti sekolah - agak susah untuk mendapatkan bilik dengan walk in saja. Ada discount rate untuk government servant juga ye. Very the jelly iols yang keje private ni tau :-p. Oh ye - Kena bayar full payment semasa membuat tempahan & deposit RM200 semasa mendaftar masuk.





Breakfast @ The Pines


Ini antara review yang Nufa boleh beri untuk Kinabalu Pine Resort:-


1)  Harga bilik adalah berbeza-beza. Setiap bilik boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dewasa dalam 1 masa tetapi tetamu tambahan akan dikenakan charge untuk extra mattress. Blok P adalah blok yang paling mahal & mempunyai view yang paling cantik. Bangun pagi da boleh nampak Gunung Kinabalu depan mata :-)

2) Pakej penginapan di sini termasuk breakfast. Dinner pula upon request dan ada caj tambahan. Breakfast bermula seawal 7 pagi - dinasihatkan untuk sampai awal ke restaurant sebab tempat duduk agak terhad. Tetamu tambahan perlu membayar RM15 seorang. Konsep menu adalah fusion & akan bertukar setiap hari. Da bayar mahal2, makan la banyak2 ye uols.

3) Standard bilik - secara jujurnya interior design KPR ni biasa2 saja. Basic amenities semua lengkap - siap ada selipar lagi. Perabot dalam tu  macam old fashion sket tapi surrounding area KPR memang terbaik.  

4) Sila bangun awal sekitar 6 pagi untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Gunung Kinabalu ini ada kalanya pemalu sikit. Kalau tidak bernasib baik bangun awal pun nampak kabus tebal je. Menyorok disebalik kabus gittew.. hewhew



Kabin santai yang comel macam tuan punye blog ni juga. Ahaks!




Amboi!! 









Pantang nampak camera, Lulz!




Menyelinap masuk ke blok orang demi sekeping gambar yang cantik. Hiks!






Gambar lagi





Tempat wajib untuk pose @ KPR





Ok, tak nak letak gambar lagi dah. Karang ada yang muntah. Ahahahahaha!!!
Daaaa....







Comments

sangat memberi informasi terima kasih

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,