Skip to main content

KOREA 2015 ~ Day1 ~ Nami Island

Salam uols..


Sebelum blog menjadi semakin bersawang, bak kata seorang reader tu (Ahahahahaha!!) - Moh ler kita sambung cerita tentang Nami Island & Seoraksan Mountain. Kami sampai di Incheon Airport lebih kurang dalam pukul 8 pagi waktu Korea & group kami disambut oleh Ms Judy selaku wakil dr JOY & ADVENTURE TRAVEL. Mereka ni adalah ground supplier di Korea. Group kali ni pun tak ramai, 12 orang je & all of them adalah peserta dewasa. Untuk pengetahuan semua, waktu di Korea adalah sejam lebih awal dr waktu di Malaysia. Maknanya pukul 8 pagi Korea = pukul 7 pagi di Malaysia. 



Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan dari Incheon Airport ke Nami Island adalah lebih kurang 2 jam tau. Anggaran kelajuan pemandu bas waktu tu sekitar 130km/h. Terasa laju betul ahjumma tu bawa. Ye, ahjumma okeh. Jangan terkejut kalau driver bas/van anda adalah seorang makcik. Orang2 Korea ni kuat bekerja & kita boleh lihat mereka ni sangat aktif dan sihat walaupun sudah berusia 60 tahun. 



Sepanjang kami berada di sana, pihak Ms Judy menyediakan bekalan mineral water di dalam bas. Air aje, makan2 takde tau. 2 jam perjalanan tu lama ye adik2. Dalam masa 2 jam tu apa yang Nufa boleh simpulkan adalah:-


  1. Orang Korea ni sangat patriotik. Kebanyakan mereka menggunakan kereta jenama Korea seperti Hyundai & Kia. Macam2 model yang kita tidak pernah lihat ada kat sana. 
  2. Dari Incheon Airport tu kami melalui banyak tol ye. Bukan Malaysia aje yang banyak tol, Korea pun sama  💭
  3. Bukan setakat tol, tapi banyak terowong juga. Ada yang pendek & ada terowong yang panjang. Bentuk muka bumi Korea kan berbukit-bukau.
  4. Pemandu mereka kategori berhemah juga la. Tidak gelojoh & kasar. 
  5. Bas yang kami naiki tu dipanggil van kat sana. Tapi kalau compare dengan van yang ada kat Malaysia, kita akan panggil ia sebagai bas mini. Hewhewhew...
  6. Ms Judy ni adalah lulusan universiti & sudah lama bekerja sebagai tour leader. So banyak info yang dia kongsikan di sepanjang perjalanan kami terutama mengenai budaya, undang2 & sejarah Korea. Walaupun begitu, kami kadang2 kurang faham juga apa yang dia ceritakan sebab accent Korea beliau sangat pekat & kami pun sebenornye keletihan. Hahahaha!!
  7. Ms Judy boleh berbahasa Melayu sikit2. Walaupun tak berapa fasih, tapi agak membantu juga.



Our first meal in Korea :-)









Ni namanya makanan Korea :-p

Sebelum ke Pulau Nami, kami singgah makan tengahari di satu kedai yang berdekatan dengan pulau tersebut. Minta maaf, lupa plak nak catit nama kedai tu, tapi memang berdekatan sangat dengan pintu masuk Nami Island. Kalau kena makan bersila macam ni maknanye sebelum masuk ke kedai sila buka kasut ye. Lepas tu jangan merungut cakap lauk macam tak cukup. Sebab lauk-lauk ni akan ditambah sepanjang masa selagi mana korang mampu nak makan. 


Nasi tu pun, nampak aje macam seciput tapi sangat mengenyangkan sebab mereka kat sana guna beras yang berbeza daripada kita. Nasi tu kenyal macam pulut. Kalau tak cukup jugak boleh minta tambah. Serius cakap mula2 aje Nufa rasa macam tak cukup tapi lepas daripada tu Nufa makan separuh aje nasi tersebut. Nufa lebih enjoy makan lauk2 mereka. Makanan diaorang pun nampak sihat aje. Rebus2 macam tu. Air minum pulak, air kosong je uols. Takde air2 manis ni sume okeh.




On the way to Nami Island













Eh! tetiba ada bendera Malaysia 













Hey Kang Jung Sang!!






  • Ferry ke Pulau Nami cuma mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja. 
  • Ferry yang membawa kami ke Pulau Nami ni adalah feri 2 tingkat, anda boleh memilih untuk berada di tingkat atas atau di bawah. View dari tingkat atas lebih cantik. Nufa sendiri memilih untuk berada di tingkat atas semasa Ferry balik ke jeti. Takde kerusi tau dalam Ferry ni, kita kena berdiri.
  • Harga tiket masuk ke Pulau Nami & ferry adalah di antara 8000-10000 KWon. Sorry - lupa sudah. Hiks!
  • Pulau Nami berbentuk bulan sabit dan berkeluasan 460000 persegi. Nufa tak pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk explore keseluruhan pulau tersebut. Untuk mereka yang mengikuti pakej percutian ke sini, anda kena bijak menguruskan masa. Macam kami, masa yang diperuntukan adalah selama 1 jam 40 minit saja - termasuklah waktu untuk bersolat ye #sedih
  • Maka sebaik saja sampai ke Pulau Nami, jangan buang masa berhenti sana-sini, terus aje ke tempat wajib iaitu lokasi pengambaran cerita Winter Sonata. Lokasi tempat tersebut lebih kurang 700 meter dari pintu masuk. Ada kes dimana pengunjung tak sempat ke sana kerana leka dengan spot yang cantik2 di dalam kawasan pulau. Menangis tak berlagu la dik kalau tiba2 tour guide cakap masa dah tamat kannn..
  • Surau terletak di tingkat 2 dalam kawasan library. Tidak jauh dari pintu masuk Pulau Nami. Surau juga sangat selesa.
  • Cenderahati yang dijual di sini, harganye sangat la mahal.




Surau kat dalam library tu..








Pulau Nami ni memang cantik. Apa musim pun, kecantikannya tetap ada. Walaupun Nufa ke sini pada penghujung musim luruh, Pulau Nami tetap kelihatan menarik. Sepanjang berada di pulau tersebut kita akan diperdengarkan dengan lagu-lagu dari drama Winter Sonata. 1 jam 40 minit yang pihak travel peruntukan sebenarnya tak cukup tau. Dengan cuaca yang sejuk2 manja, memang seronok & sangat menenangkan fikiran la berjalan-jalan di sekitar pulau tersebut. Warga Korea sendiri suka menghabiskan masa kat sini. 




















Bye-bye Nami Island. Ada rezeki kita berjumpa lagi.





Related link |


Comments

hana hadi said…
hahaah.. macam group hana ja yang bendera makaysia tu. ngeee.. hana pun ke pulau nami time winter ni 18hb ke 19gb 12 mcm tu :)
NufaDeeLa said…
Owh Hana, Nufa ke sini masa bulan November. Penghujung autumn - tak sempat tgk salji pun :-)
Anonymous said…
Nufa pergi brapa hb? in Nov? sbb dh x nmpk daun kaler oren? I plan to go this year dlm 10 Nov, u rs still in autumn ke?
NufaDeeLa said…
Nufa pergi 2 minggu terakhir bulan November. Daun yang kaler oren/kuning/merah tu semua dah tak banyak. Ada pun dah gugur kat Nami Island tu. Personally Nufa rasa waktu terbaik untuk enjoy autumn dekat Korea ni adalah dalam bulan October. Tapi jangan risau, dekat bandar Seoul kita boleh lihat banyak lagi pokok-pokok maple dengan daun kaler oren tu :-)

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,