Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye.
Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu.
Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni.
Semuanya pun terbalik. Dari susunan perabotnya, alat-alatan disitu, gambar, wayar etc. Basically apa yang ada dalam rumah kita semuanya terbalik kat dalam tu. Sebelum nak masuk ke rumah terbalik tu, akan diceritakan serba sedikit sejarah rumah tersebut. Kenapa ianya terbalik dan macam2 lagi.Kita kena pukul gong yang disediakan & beri salam serta ketuk pintu sebelum masuk. Kena beradab gitteww.. tapi kita tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar di dalamnya. Haaa.. harus la eksklusif barang2 dalam tu kan. Harga tiket untuk upside down house ini adalah RM10 untuk dewasa & masa yang diperlukan untuk meninjau sekitar rumah tersebut dalam 30 minit. Sekejap je dik non!
Kena buli ambil gambar dengan teddy bear. Haha!! |
Destinasi seterusnya adalah Fish Spa Tagal, Sg Moroli. Tempat ni memang syurga buat kaki pancing la. Banyak betol ikan kelah kat sini. Gemuk-gemuk & jinak2 pulak tu. Tapi jangan sukahati nak tangkap ye. Hanya dibenarkan untuk tengok & bagi makan saja - haaa... stress tak dengar :-p
Terer btol acik ni bagi makan ikan |
Nufa adalah orang terakhir yang masuk dalam sungai ni. Geli okehh!! Takut kena gigit. Takut terpijak ikan pun ada. Ahahahaha.. padahal takde la gigit camne pun. Tapi tetap jugak terjerit-jerit kat dalam tu. Boring aje ikan. Lulz!
Masa yang paling sesuai untuk ke sini adalah di awal pagi. Masa tu belum ramai pengunjung & ikan pun tengah lapar. Uols akan nampak betapa popularnya uols dikalangan ikan2 tersebut. Semuanya menyerbu untuk makan. Terasa glemer untuk seketika. Ingat ye datang ke sini pada waktu pagi tau. Sebab ada pengunjung yang datang pada waktu petang balik dengan perasaan kecewa. Takde seekor ikan pun nak datang dekat. Da kenyang kata depa.
Poring Hot Springs |
Peace!! |
Eceh, da berani la tu tunjuk sana-sini |
Satu lagi tempat yang harus dilawati adalah Poring Hot Springs. Dekat sini bukan saja ada kolam air panas tapi ada canopy walkway juga. Ada banyak pilihan kolam air panas di sini. Kanak-kanak pun boleh mandi. Untuk acik-acik, ada kolam yang khas untuk kita rendam kaki. Memang bagus la untuk kesihatan kaki kita tu kan. Tapi yang paling Nufa suka sangat adalah canopy walkway. Ini kali ke-2 Nufa naik. Perasaannya tak sama macam dulu sebab da tau skill untuk mengelakkan gayat. Hehehe.. Gigih panjat bukit demi canopy walkway ni walaupun gayat okey.
Dekat sini Nufa nak bagi tau, bayaran masuk untuk ke Poring Hot Springs ini adalah sebanyak RM3 & kita perlu bayar lagi RM3 untuk menaiki canopy walkway ni. Kalau nak bawa kamera untuk pose kat atas titian gantung tu kena tambah lagi RM2. Adehh!! Extra charges macam ni yang buat orang hangin. So kawan2, standby duit lebih kalau ke sini ye.
Honey chicken wing |
Sejenis makanan sambal. Tatau apa nama |
Kita nak letak dalam blog je pakcik. Jangan marah.. |
Selama 2 hari kami berada di Kundasang, dekat restoran ini la kami tapau nasi goreng & kepak ayam madu untuk dinner. Lokasi restoran ni berdekatan dengan pekan Kundasang. Ramai blogger yang suggest untuk cuba kepak ayam madu kat Sabah ni. Ada banyak sebenarnya kedai yang jual sayap madu ni. Size kepak ayam pun besar juga & harga RM1.50 memang berbaloi untuk dibeli. Nasi goreng special dekat restoren ini pun sedap. Tak sempat ambil gambar nasi goreng sebab masing-masing da lapau sesangat masa tu. Hiks!
Oleh kerana penerbangan pulang ke KL adalah pada waktu malam, maka kami ambil keputusan meronda sekitar KK dulu. Gambar kat atas ni adalah Suria Sabah shopping mall. Kalau da namanya pompuan tu kan, tak sah kalau tak pegi shopping mall :-p
Tapi kami bukannya shopping sangat pun sebenarnya, cuma nak lunch aje kat food court tingkat 3 tu. Hehehe... Jangan tak tau, dari food court itu la uols akan dapat lihat pemandangan laut yg cantik ni tau. Surau pun ada disediakan di tingkat 5 berdekatan parking area. So, makan2 sambil menikmati laut membiru. Syookkkk!
Tapi kami bukannya shopping sangat pun sebenarnya, cuma nak lunch aje kat food court tingkat 3 tu. Hehehe... Jangan tak tau, dari food court itu la uols akan dapat lihat pemandangan laut yg cantik ni tau. Surau pun ada disediakan di tingkat 5 berdekatan parking area. So, makan2 sambil menikmati laut membiru. Syookkkk!
Pantai Tanjung Aru |
Pantai Tanjung Aru ni memang berdekatan dengan Airport. Jadi boleh sangat la kalau kita nak lepak sementara menunggu waktu pulang. Tapi kan waktu petang macam tak banyak aktiviti boleh dilakukan. Gerai makan/cafe ada tapi pilihan tak banyak. Mungkin pada waktu malam tempat ni lebih happening kot. Takpe la, next time datang KK kita lepak lama sket dekat sini ye Nufa #alasanlagi
Yang pasti pantai Tanjung Aru ni cantik. Kalau kami tidak perlu pulang pada malam itu, rasanya puas jugak la kami mandi-manda kat situ.
Comments
Thanks