Skip to main content

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part


Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye.


Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu.


Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni.












Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya, alat-alatan disitu, gambar, wayar etc. Basically apa yang ada dalam rumah kita semuanya terbalik kat dalam tu. Sebelum nak masuk ke rumah terbalik tu, akan diceritakan serba sedikit sejarah rumah tersebut. Kenapa ianya terbalik dan macam2 lagi.Kita kena pukul gong yang disediakan & beri salam serta ketuk pintu sebelum masuk. Kena beradab gitteww.. tapi kita tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar di dalamnya. Haaa.. harus la eksklusif  barang2 dalam tu kan.  Harga tiket untuk upside down house ini adalah RM10 untuk dewasa & masa yang diperlukan untuk meninjau sekitar rumah tersebut dalam 30 minit. Sekejap je dik non!



Kena buli ambil gambar dengan teddy bear. Haha!!







Destinasi seterusnya adalah Fish Spa Tagal, Sg Moroli. Tempat ni memang syurga buat kaki pancing la. Banyak betol ikan kelah kat sini. Gemuk-gemuk & jinak2 pulak tu. Tapi jangan sukahati nak tangkap ye. Hanya dibenarkan untuk tengok & bagi makan saja - haaa... stress tak dengar :-p



Terer btol acik ni bagi makan ikan





Nufa adalah orang terakhir yang masuk dalam sungai ni. Geli okehh!! Takut kena gigit. Takut terpijak ikan pun ada. Ahahahaha.. padahal takde la gigit camne pun. Tapi tetap jugak terjerit-jerit kat dalam tu. Boring aje ikan. Lulz!

Masa yang paling sesuai untuk ke sini adalah di awal pagi. Masa tu belum ramai pengunjung & ikan pun tengah lapar. Uols akan nampak betapa popularnya uols dikalangan ikan2 tersebut. Semuanya menyerbu untuk makan. Terasa glemer untuk seketika. Ingat ye datang ke sini pada waktu pagi tau. Sebab ada pengunjung yang datang  pada waktu petang balik dengan perasaan kecewa. Takde seekor ikan pun nak datang dekat. Da kenyang kata depa.




Poring Hot Springs








Peace!! 










Eceh, da berani la tu tunjuk sana-sini


Satu lagi tempat yang harus dilawati adalah Poring Hot Springs. Dekat sini bukan saja ada kolam air panas tapi ada canopy walkway juga. Ada banyak pilihan kolam air panas di sini. Kanak-kanak pun boleh mandi. Untuk acik-acik, ada kolam yang khas untuk kita rendam kaki. Memang bagus la untuk kesihatan kaki kita tu kan. Tapi yang paling Nufa suka sangat adalah canopy walkway. Ini kali ke-2 Nufa naik. Perasaannya tak sama macam dulu sebab da tau skill untuk mengelakkan gayat. Hehehe.. Gigih panjat bukit demi canopy walkway ni walaupun gayat okey.

Dekat sini Nufa nak bagi tau, bayaran masuk untuk ke Poring Hot Springs ini adalah sebanyak RM3 & kita perlu bayar lagi RM3 untuk menaiki canopy walkway ni. Kalau nak bawa kamera untuk pose kat atas titian gantung tu kena tambah lagi RM2. Adehh!! Extra charges macam ni yang buat orang hangin. So kawan2, standby duit lebih kalau ke sini ye.




Honey chicken wing



Sejenis makanan sambal. Tatau apa nama





Kita nak letak dalam blog je pakcik. Jangan marah..

Selama 2 hari kami berada di Kundasang, dekat restoran ini la kami tapau nasi goreng & kepak ayam madu untuk dinner. Lokasi restoran ni berdekatan dengan pekan Kundasang. Ramai blogger yang suggest untuk cuba kepak ayam madu kat Sabah ni. Ada banyak sebenarnya kedai yang jual sayap madu ni. Size kepak ayam pun besar juga & harga RM1.50 memang berbaloi untuk dibeli. Nasi goreng special dekat restoren ini pun sedap. Tak sempat ambil gambar nasi goreng sebab masing-masing da lapau sesangat masa tu. Hiks!




Lauk yang disediakan untuk 4 orang dewasa makan @ Poring Hot Springs



Nufa memang kuat makan (pengakuan berani mati!) Tapi Nufa rasa la kan portion lauk untuk kami berempat lunch di Poring Hot Springs tu sangat la sedikit. Macam tak cukup je untuk kami semua ni. Harga 1 piring lauk kat atas tu adalah RM10. Mahal kan? Sudah la sedikit mahal plak tu #nanges


Konsep kebanyakan restoren dekat Kundasang ni, order dulu baru masak. Kita takkan jumpa nasi berlauk kat sini ye uols. Makanya kena la redha tunggu mereka memasak untuk kita - redha je la walaupun lambattss :-(









Pernah dengar lagu jambatan Tamparuli? Jambatan tu ala2 canopy walkway juga la tapi berskala besar & terletak tidak jauh dari pekan KK. Dekat bawah jambatan kita akan lihat sungai Tamparuli yang mengalir deras. Sungai tu lebar ye kawan2. Untuk sampai ke Jambatan Tamparuli ni kita kena melalui satu laluan yang merentasi sungai Tamparuli tersebut & laluan itu seperti jalan kampung yang tidaklah lebar sangat pun. Hati-hati ketika memandu kerana tiada penghadang pun di sepanjang jalan. Kita boleh lihat sungai Tamparuli tu dengan sejelas-jelasnya. Kalau terbabas atau banjir - erkk??? Kecut perut!! Ini memang betul-betul adventurous.







Oleh kerana penerbangan pulang ke KL adalah pada waktu malam, maka kami ambil keputusan meronda sekitar KK dulu. Gambar kat atas ni adalah Suria Sabah shopping mall. Kalau da namanya pompuan tu kan, tak sah kalau tak pegi shopping mall :-p 
Tapi kami bukannya shopping sangat pun sebenarnya, cuma nak lunch aje kat food court tingkat 3 tu. Hehehe... Jangan tak tau, dari food court itu la uols akan dapat lihat pemandangan laut yg cantik ni tau. Surau pun ada disediakan di tingkat 5 berdekatan parking area. So, makan2 sambil menikmati laut membiru. Syookkkk!



Pantai Tanjung Aru












Pantai Tanjung Aru ni memang berdekatan dengan Airport. Jadi boleh sangat la kalau kita nak lepak sementara menunggu waktu pulang. Tapi kan waktu petang macam tak banyak aktiviti boleh dilakukan. Gerai makan/cafe ada tapi pilihan tak banyak. Mungkin pada waktu malam tempat ni lebih happening kot. Takpe la, next time datang KK kita lepak lama sket dekat sini ye Nufa #alasanlagi

Yang pasti pantai Tanjung Aru ni cantik. Kalau kami tidak perlu pulang pada malam itu, rasanya puas jugak la kami mandi-manda kat situ. 





Masa untuk pulang. Sobb sobbb



Sedihnye nak tinggalkan Sabah tapi percutian da habes. Secara jujurnya Sabah mempunyai banyak tempat yang menarik. Kalau nak pusing satu Sabah seminggu pun tak cukup. Dengan pulaunye, dengan Gunung Kinabalunye, dengan pekan KKnye, dengan Kundasangnye yang sejuk, seafood nyeee - Malaysiaku memang cantik :-D


Nufa harap info yang dikongsikan sepanjang percutian ke Sabah ini dapat memberi sedikit gambaran & clear picture pada kaki travel di luar sana. Jumpa lagi pada entry akan datang. Daaaa...













Comments

Unknown said…
Hi,can you please share the contact of the agent for transportation?
Thanks
NufaDeeLa said…
Hi Hui Yi Chu, you can contact Mr Jai Zaini @ 012-8742274
Shala said…
Sian meow tgk je ...xde beli pape ke tuk meow?
NufaDeeLa said…
Meow makan kuih amplang & udang kering tu je. Hehehe..
Unknown said…
Brp ya byrn agent tu
NufaDeeLa said…
Utk 4 hari 3 mlm tu kami membayar sekitar RM1200-RM1300 (tak ingat jumlah sebenar) utk satu van. Itu termasuk sekali penginapan agent di kundasang.
Unknown said…
RM1200 tu utk berapa org yer
NufaDeeLa said…
RM1200 untuk 4 orang. Ni harga pada December 2014 ye

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w