Skip to main content

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N







Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu!



Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!!



Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi.





1. Melaka River Cruise




Akhirnya, dapat jugak naik cruise


Sabar itu penting


Row row row the boat - hiks!


Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang sungai ni sebenarnya lagi cantik dengan adanya lampu2 neon bermacam warna & bentuk. Harga tiket untuk dewasa adalah RM10 & masa yang diperuntukkan untuk 1 trip dalam 45 minit.








Kebanyakan tempat menarik dekat Bandar Hilir ini memerlukan kita untuk membeli entrance ticket. Harga tiket ni pulak berbeza-beza di antara Malaysian citizen dengan foreign tourists. Dengan syarat, semasa membeli tiket tersebut kita kena kepilkan sekali dengan mykad. Harga tiket akan jadi separuh lebih murah dari harga asal.




2.  Jonker Street









3D Greeting Card


Terompah


Tak jumpa plak aiskrim pasu dekat sini. Mana ntah dia sembunyi. Hikss!! 

Ok, Jonker Street ni konsepnya macam pasar malam juga tapi terus-terang cakap dekat sini tak banyak pilihan makanan untuk orang Melayu. Kebanyakan peniaga dekat sana terdiri daripada orang Cina. Nufa tak pasti samada mereka adalah Cina Baba atau tidak. Pilihan untuk souvenir memang banyak terdapat kat sana, tapi anda hanya akan jumpa pasar macam ni pada setiap hari Jumaat & Sabtu aje. Nak cuci mata sampai malam pun boleyy!










3. Hard Rock Cafe













Jangan la impressed sangat, kami passed by je pun Hard Rock Cafe ni - untuk bergambar semata-mata. Hehehe...
Hard Rock Cafe Melaka terletak tak jauh dari Jonker Street. View sepanjang sungai tu cantik, kalau ada masa boleh la buat aktiviti menapak kat situ juga 😝




4. Jam Besar Bandar Hilir & Kompleks Muzium Stadthuys








Beca Moden



Penat berjalan, rehat la sekejap



Coconut shake kat sini sedap. Tak tipu ~









5. Menara Taming Sari








From the sky above - weehuuu!!










Menara Taming Sari mula beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 malam. Harga tiket pula ikut pakej. Ada pakej keluarga & perseorangan. Setiap tiket yang dibayar akan dibekalkan sekali dengan air kotak & muffin. Ubat gayat katanye..


Kalau tak gayat lagi boleh la naik menara tu waktu malam. Amacam, ada berani?







6. Bukit St Paul & Kota A Famosa 


 Hoii! Tinggi bukit ni ye. Berapa kali berhenti ntah #pitam
















Dah knp gambar ni macam nak bergaduh je? Hang Jebat sangat kann!!





Turun dari bukit St Paul baru jumpa Kota A Famosa ni. Sabau je laa..


Apa yang ada kat atas bukit St Paul ni? Selain view yang cantik & barangan cenderahati yang banyak terdapat kat atas tu, kau akan belajar makna Sejarah Melaka. Bandar Hilir ni dulu asalnya adalah kawasan tepi laut.  Banyak tinggalan sejarah kat sini. Samada kau nak ambil tahu atau tidak je. Dah, jangan tanye lebih-lebih. Iolss dapat C5 je untuk subjek Sejarah ni. 







7. Muzium Maritim/ Muzium Samudera











Muzium ini merupakan sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium ini memaparkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.




Muzium ni lebih sesuai untuk pelajar sekolah/universiti sebenarnya sebab banyak maklumat mengenai maritim terdapat dalam kapal tersebut. Kalau orang2 dewasa yang pergi, semua fefeeling Titanic je kat atas tu. U jump I jump. Hahaha...  Oh ye, harga tiket untuk masuk Muzium Maritim ni adalah RM3 untuk dewasa. 







Medan Samudera yang terletak berhadapan Muzium Maritim









Ok, berdepan dengan Muzium Maritim ni terdapat 1 food court. Selain food court, segala macam jenis makanan tradisional Melaka seperti cencaluk, dodol, lompok, inang-inang, sagun, gula melaka, asam ketuk etc terdapat kat sini. Kalau da sampai situ, sila la borong habis-habisan ye. Sebenarnya susah nak jumpa makanan tradisional halal yang dijual kat Bandar Hilir ni. Kecuali anda tak kisah membeli daripada peniaga cina baba. 










Dataran Pahlawan






Orang kata lembu ni kena sumpah kerana derhaka pada tuannya. Sebab tu jadi keras macam batu 😜













Untuk pengetahuan, jarak antara tempat2 tumpuan ni berdekatan je antara satu sama lain. Makna berdekatan di sini adalah, jalan kaki pun boleh. Tapi berpeluh juga la ketiak untuk menapak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pun begitu, jangan risau sangat. Perkhidmatan beca banyak ditawarkan di sekitar Bandar Hilir ni. Harga yang mereka kenakan pun dalam RM15 untuk 1 pusingan. Kalau da boring jalan2, boleh singgah ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall/ Mahkota Parade Melaka untuk shopping. Jauh betul kau shopping ye mak jemah! 








Dah la, jom kita balik. Hahaha... 



Related link |








Comments

Unknown said…
Wah seronoknya. Baru ke melaka atas urusan bisnes. Next time blh la jenjalan pula. Terima kasih ya atas info.

Hasanah Ahmad
http://imnah03.blogspot.com
NufaDeeLa said…
Memang seronok jalan-jalan kat bandar hilir, tak sempat cover semua tempat pun. Hehehe..
Blh suggest x tmpat mkn yg kt sna?☺
NufaDeeLa said…
Tempat makan:-
* Medan Samudera (Berhadapan muzium Maritim)
* Dataran Pahlawan Melaka Megamall (ada food court & fast food restaurant)
* Mahkota Parade - cross road dr menara Taming Sari (dkt sekitar mall tu ada byk restoran especially kedai makan asam pedas)

Boleh cuba mkn kat sana ye.
Unknown said…
Slm awak. seronok tengok tempat bersiar-siar di Melaka. very good info. boleh suggest tempat penginapan yg berpatutan x di Melaka yang sesuai utk bawa famili dan anak2 kecil. TQ
NufaDeeLa said…
Wslam. Pilihan tempat penginapan ni sebenarnya bergantung kepada budget & preferences. Mcm Nufa sendiri, hotel yang menjadi pilihan adalah dekat dengan attraction places, selesa & ada kemudahan parking. CASA DEL RIO, JONKER BOUTIQUE HOTEL, QUAYSIDE HOTEL, ALDY HOTEL, ECOTREE HOTEL, NOVOTEL antara hotel yang terdapat di Bandar Hilir. Ataupun Nufa cadangkan anda google keyword : hotel/guesthouse sekitar bandar hilir. Kami memilih The Sterling Boutique Hotel :-)
Unknown said…
Assalamualaikum..
JOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com
Riko Adryansyah said…
Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Wassalam
Anonymous said…
salam..nak tnya bajet utk ke melaka agaknya berapa yea? mcm bajet backpacker gtu..
NufaDeeLa said…
Wslam. Alamak! Budget Nufa bukannye macam budget backpacker. Mcm hari tu kami spend almost RM1000 jugak sbb hotel mmg costly. Kalau dapat bilik hotel yg murah maybe kurang dari RM1000 la rasanye.
echa hadi said…
Salam nufa..nak tanya ada tak hotel baget yang murah dan berdekatan dengan bandar hilir??
NufaDeeLa said…
Wslam. Antara budget hotel/guesthouse yg terdpt disekitar Bandar Hilir:-

1) Euro Rich Hotel Melaka, Hotel 2 Bintang
8, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Pusat bandar Melaka, Melaka

2) Aldy Hotel Stadhuys, Hotel 3 Bintang
27, Jalan Kota, Persiaran Jonker, Melaka

3) Hangout @ Jonker, Hotel 2 Bintang
19 & 21 Lorong Hang Jebat, Persiaran Jonker, Melaka

4) Fenix Inn, Hotel 2 Bintang
156 Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Melaka Raya, Melaka

5) Vinz Hotel, Hotel 2 Bintang
No. 9, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Persiaran Jonker, Melaka

Hotel2 ni semua berharga bawah RM150. Boleh cuba Google intuk info lanjut ye
Anonymous said…
Salam Nufa.
Kat melaka mana nk dapat makanan halal nyonya baba
NufaDeeLa said…
Wslam. Sebenarnye kan makanan halal nyonya baba yg Nufa pernah cuba kat Melaka adalah di Restoran Aunty Lee. Tp lokasi restoran ni terletak dkt Jalan Ujong Pasir, Tmn Sinn. Mmg sedap makanan kat situ especially cendol & telur dadar cencaluk. Kalau dkt area Bandar Hilir ada beberapa tempat yang anda boleh pergi. Tapi Nufa tak boleh review pasal makanan kat situ sbb tak pernah cuba :-)

1) Restoran Nyonya Suan - Tmn. Merdeka, Jln Merdeka (Area Mahkota Parade). Tel: 06-2864252

2) Amy Heritage Nyonya Cuisine - Bandar Hilir 75, Jalan Melaka Raya 24, Tmn Melaka Raya. Tel: 06-2868819

3) Restoran Ole Sayang - 198, Jalan Merdeka


Anonymous said…
salam..nak tnye..tempat2 utk di kunjungi tu semua boleh jalan kaki je ke?ade public transport x kalau kita nak ke tempat yg agak jauh?
NufaDeeLa said…
Wslam. Mostly attraction places tu within walking distance aje. Ada jugak yg agak jauh macam lokasi lukisan mural, perigi Hang Tuah etc. Nufa cuma nampak teksi & beca aje kat situ - tapikan Bandar Hilir ni jem. Lagi mudah kalau berjalan kaki sebenarnye
Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6282214441280
WhatsApp : +6282214441280
WhatsApp : +6282282222896
Email : dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : http://www.Dhanitourindonesia.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
Kami pun menyediakan paket transport dan hotel
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Wassalam, Terimakasih…
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhati Tour Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima kasih
Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni akak...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe
NufaDeeLa said…
Selamat bercuti ke Melaka 😊

Popular posts from this blog

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,