KOREA 2015 ~ Day 4 ~ World Cup Stadium / Namdaemum & Myeong Dong Street Market / Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop
Hari ke-4. Hari terakhir di Korea Nufa berpeluang menjejakkan kaki ke 2002 World Cup Stadium, walaupun sebenarnya Nufa bukanlah peminat sukan bolasepak. Tapi ok juga dibawa ke sini. Banyak information dan yang penting boleh lihat stadium bola dari dekat. Kali terakhir Nufa pergi ke stadium adalah stadium bukit jalil semasa Sukan Komanwel 1998 dulu. Itu pun sebab dapat tiket free. Hehehe... So jangan tanya Nufa nama pemain bola sepak Korea ni tau. Gambar je acah2 pro padahal krik krikk krikkk aje.
First time explore stadium bola perasaannye macam WOW! Camni rupanya stadium bola tu ye. Ke memang stadium bola dekat Malaysia pun hebat juga? Hahaha.. Tengok bola dekat tv memang tak sama perasaannye bila datang sendiri ke stadium. Sekarang baru Nufa faham perasaan itu :-p
Selain pelbagai maklumat yang disediakan, dekat situ kita boleh juga lihat bilik mesyuarat, bilik persalinan pemain & macam2 lagi lah.
Tak banyak yang Nufa boleh cerita, kerana Nufa bukan peminat bola. Tapi stadium ni memang best. Sila tengok gambar aje la ye.
Berlambak info - antara nak baca dengan tidak je uols! |
FC ler sangattt... |
Acik-acik kena dera buat pelbagai aksi. Nasib baik acik2 cool :-p |
Nampak tak apa yang pelik kat situ? |
Pemain simpanan yang tak pernah turun gelanggang :-D |
Namdaemum & Myeong Dong Street Market
Namdaemum street - gambar ehsan Google |
Uols, tempat ni nampak happening kan? Memang happening kalau anda datang pada masa yang tepat. Kenapa Nufa cakap macam tu? Macam Nufa bagi tau di awal-awal entry ini, dekat Korea waktu malamnya sangat awal. Pukul 5 petang sudah macam pukul 7 malam. In fact, jarak antara Namdaemum & Myeong Dong street ni tak jauh mana pun. Kena menyeberang jalan utama aje. Tapi anda di nasihatkan supaya menggunakan laluan subway bawah tanah untuk menyeberang jalan di kedua-dua belah arah ye.
Kami sampai di situ agak lewat - itu pun setelah ahli rombongan mendesak supaya dibatalkan lawatan ke shopping complex yang menjual barangan dengan harga - ya ampun! Selepas berbincang barulah rombongan kami dibawa ke situ lebih awal. Makanya banyak kedai yang sudah ditutup di kawasan Namdaemum tu. Nufa tak jumpa kedai-kedai yang jual barangan dengan harga KWon 5000 tersebut. Sedih kan??? Tapi Myeong Dong street memang "hidup" pada waktu malam. Masa yang diberi untuk berada di sana agak terhad. Dalam 2 jam begitu, kelam-kabut kami berlari ke sana-sini untuk shopping last minute. Haiiii la.... tak suka betul program yang diatur macam ni. Tau tak shopping tu penting untuk orang perempuan?
Apa beza dua tempat ni? Nandaemum sesuai untuk acik-acik. Manakala Myeong Dong pula lebih sesuai untuk remaja dewasa macam Nufa (remaja la sangat, puii!). Maknanye, barangan yang dijual di sana ada market tersendiri. Baju-baju dekat Myeong Dong lebih up to date, juga terdapat banyak pilihan kosmetik yang dijual disitu. Dekat Nandaemum pula banyak menjual barangan citarasa mak-mak kita termasuklah set sudu garfu & kerongsang. Kerongsang Korea terbaik, wajib beli tau. Buah-buahan seperti delima, pisang kaki serta epal turut dijual. Dan yang menariknya, saiz buah2 tersebut sangat besar ye.
Oh ye, di sepanjang laluan subway tu kan, turut terdapat pelbagai deretan kedai. Nak shopping kat situ pun boleh.
Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop
Sukacita Nufa nak bagi tau, tempat-tempat yang disebutkan di atas dikatakan wajib kita pergi kalau kita ikut tour package. Tapi personally Nufa tak berapa sukakan tempat-tempat ini atas sebab-sebab berikut:-
- Memang takde niat pun nak shopping jewelry seperti amethyst atau pun produk kesihatan seperti ginseng/red pine tree. Cara mereka promosi barang seolah mendesak pembeli pun ada juga. Kalau dah masuk dalam tu, tak habis RM1000 tak sah ye.
- Tidak dibenarkan sama sekali ambil gambar dalam kedai-kedai tersebut. Motif?
- Kalau anda memang pengguna barangan kosmetik Korea, Korean Cosmetic Duty Free Shop ini lah tempatnya. Tapi nak cakap juga ye, dekat situ hampir kesemuanya jenis kosmetik mahal. Jadi apa yang free duty? Konsep yang sama bila kita beli coklat mahal dekat Langkawi. Murah lah separuh harga kalau kita beli terus disana. Kalau setakat nak cari face mask ke, aloe vera jel ke - lebih baik anda shopping di Myeong Dong street aje.
- Rajin-rajin la cari tour package yang tidak include aktiviti ini dalam itinerary. Sebab Nufa pernah ternampak beberapa travel agency yang exclude tempat2 ini. Kecuali la kalau anda memang ada tujuan untuk shopping menda2 tu semua semasa di sana, memang heaven la. Tapi bagi Nufa sendiri tiada keperluan. Setakat cuci mata sahaja.
Tamat sudah percutian Nufa ke Korea. Dah nama pun trip bidan terjun kan, tak boleh la nak letak high expectation sangat. Overall ok-ok aje. Esoknye seawal pagi kami sudah bergerak ke airport. Tapi sebelum tu kami singgah breakfast & solat di satu kedai ni. Tak ingat nama apa, tapi katanya memang dibuka 24 jam.
Our last meal in Korea - sejenis mee sup |
Lobak kuning tu rasanye macam jeruk betik. Sedap! |
Bye-bye Korea. Ada rezeki memang nak datang lagi. Tak kira - hahahaha! Daaa....
Comments