Sebelum ni kan, Nufa tak tau pun bahawa pekan kecil Annecy ni wujud. Hanya selepas melihat jadual serta atur cara trip barulah Nufa sedar ada pekan comel di France ini yang sangat cantik. Kalau sebut France aje orang sentiasa terbayangkan Eiffel Tower, padahal banyak sebenarnya tempat menarik di France ini. Salah satunye di sini lah. Annecy ni terletak di selatan Perancis, lokasinye bersempadan dengan Switzerland. Sebab tu kawasan kejiranan homestay yang Nufa duduk banyak dipengaruhi oleh bentuk muka bumi & gaya hidup masyarakat penduduk Switzerland.
Jarak pekan Annecy dari homestay lebih kurang dalam sejam perjalanan. Homestay kami terletak di atas bukit dan kami perlu melalui lorong2 kecil di antara kawasan perumahan untuk sampai ke Annecy. Daripada pemerhatian Nufa, dekat pekan itu sendiri terdapat beberapa buah hotel budget serta hotel bertaraf 3/4 bintang. Tapi suka la Nufa ingatkan, dekat sini pukul 5/6 petang segala kedai sudah tutup ye. Dan hanya terdapat satu sahaja shopping complex di situ. Jom kita tengok sket rupa Annecy town ni.
Pekan Annecy ni tak besar pun. Mungkin sebesar Selayang tu lah agaknya tapi sangat terkenal dengan Tasik Annecy yang cantik seluas mata memandang. Luasnye tasik tu siap boleh naik cruise lagi uols. Serta air tasik yang sangat bersih berwarna hijau kebiruan sangat la mendamaikan. Antara aktiviti yang boleh dibuat di sekitar Tasik Annecy ini selain cruise ride adalah jogging & cycling. Jangan tak percaya, cuaca sejuk di musim bunga tu pun ada yang gigih exercise dengan shorts. Pitam Mak Jemah tengok! Cuaca nampak aje seperti panas membahang tapi hakikatnye sejuk ye.
Dekat France terutamanya di Annecy ni sangat sukar nak cari makanan halal. Komuniti muslim pun macam tak nampak sangat. Tapi jangan risau, selama kami di sana, tak nampak isu islamophobia ni wujud. Kalau tak silap Nufa ada dua, tiga kedai makanan halal di sekitar Annecy. Salah satunye adalah seperti di dalam gambar di atas ni. Nufa lupa nama kedai, minta maaf sangat2. Lokasinye di celah2 bangunan dan bersebelahan dengan parit kecil. Ye, ada parit kecil di situ tapi jangan risau, keadaan kedai & parit sangat bersih. Parit tak kotor langsung. Air parit pun jernih warna hijau. Ya Allah! bagusnya masyarakat sini menjaga kebersihan. Tapi pilihan makanan tak banyak, kebanyakannye adalah kebab. Harga makanan pula dalam anggaran 6 - 9 Euro. Selalunya makanan halal yang dijual di kedai2 Muslim ini akan datang dalam set, maknanye dapat la sekali dengan air. Jangan convert harga makanan tu, nanti anda akan menyesal. Hahaha!
Rasa makanan pula boleh dikatakan sedap & portion agak besar. Tapi yang paling penting, pekerja dan owner kedai sama2 hensem Eh? Tetiba..😝
|
Kat belakang tu adalah penjara lama yang sedang dibaik pulih. Sekarang dah jadi bangunan antik. |
|
Jangan lupa beli aiskrim kat sini. Sedap tapi agak mahal. Ada macam2 flavor |
|
Makan aiskrim berlatar belakangkan Thiou River. Sungai sependek 3.5km aje uols |
|
Tak tau la camne nak menyebutnye. Hehehe.. |
|
Tasik Annecy di awal pagi |
|
Nampak tak deretan rumah di kaki bukit tu? Sesetengah kediaman terdapat kelengkapan bot & jeti kecil. Best kan.. |
|
Naik cruise 😍 |
|
Minah sesat mana ntah |
|
Aweks Malaysia pergi Perancis
Masa kami datang ke sini, bunga tulip sedang kembang menggila. Ada macam-macam warna dan bentuk. Satu Annecy bau wangi, heaven betul. Nufa rasa tempat ni memang menjadi tumpuan penduduk tempatan serta pelancong asing. Selain Tasik Annecy, terdapat juga taman untuk kita bersantai. Nufa serta beberapa orang peserta mengambil keputusan untuk menaiki cruise dan mengelilingi tasik Annecy. Walaupun masa yang diambil untuk mengelilingi tasik agak lama, dalam satu jam begitu tapi ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ada tiket/pakej cruise yang membenarkan kita berhenti di cafe yang terletak di kaki bukit. Nufa tak request pun tiket yang itu sebab tak reti nak sebut. Ahahahaha..
Kawasan sekitar Annecy memang sangat menarik. Percaya tak, kami boleh menghabiskan masa seharian di sini. Dekat Annecy banyak cafe kecil yang terletak di sepanjang Thiou River yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan, tapi Nufa tak pasti tahap kehalalannye. Untung la pada pelancong non-muslim sebab boleh cuba lepak tepi cafe di sana. Huhuhu.. sedih!
Ok next entry kita pergi ice glacier & naik mountain plak ye.
Daaaa...
|
Comments