Entry kali ni kira wrap up perjalanan Nufa di bumi Perancis & Geneva. Yang sebetulnye hanya pada hari ke-7 aje Nufa berada di kota Paris. Hari ke-6 adalah hari perjalanan pulang dari homestay di selatan Perancis ke pengginapan di Paris manakala hari ke-8 pula kami sudah terbang semula ke Malaysia. Kami perlu memandu sejauh 6 jam lagi untuk sampai ke Paris dan secara jujurnye Nufa rasa sedih untuk tinggalkan Annecy 😔😭
Tatau bila lagi akan diberi peluang dan rezeki untuk kembali semula ke benua Eropah dan menikmati penerbangan berjam-jam lamanye di dalam flight. Kami bertolak dari homestay awal pagi dan sampai di Paris lebih kurang pukul 2.00 petang. Ada peserta yang ambil keputusan bergerak sendiri ke bandaraya Paris selepas check-in di hotel. Tapi Nufa dan beberapa orang lagi peserta ambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel memandangkan perjalanan yang jauh sangat memenatkan. Tambahan pula sepanjang perjalanan kami juga turut berhenti beberapa kali di RnR untuk ambil short break, minum2 dan pergi toilet. Ini baru betul dikatakan road trip tu ye!
Di Paris kami menginap di F1 Hotel. Hotel ni berdekatan je dengan CDG airport. Selain F1 Hotel terdapat juga hotel2 lain yang berada di kawasan yang sama seperti Ibis & Novotel. Ramai juga yang stay kat sini sebab dari sini ke airport ada disediakan bas perantara percuma. Kalau tak silap Nufa nama bas tu adalah blue line bus. So kita cuma perlu tunggu di pickup point aje untuk ambil bas tu ke airport. F1 Hotel ni nama aje gempak macam formula one, tapi standard macam hotel budget je uols. Hehehe.. Hotel ni sangat bersih walaupun biliknye agak kecil. Housekeeping akan datang bersihkan bilik setiap hari ye. Saiz lobi hotel agak kecil dan terhad, tapi mereka sediakan juga basic breakfast untuk setiap pengunjung. Ini kira macam pilihan, cuma perlu bayar 2 Euro dan makan la sepuasnye di lobi hotel tu. Tapi jangan demand lebih la sebab cuma ada croissant, cereal serta dua jenis minuman. Juice dan hot tea/coffee je. Cuma yang kurengnye kat F1 Hotel ini adalah bilamana kau tengok toiletnye berada di luar bilik. Ahahahahaha!! Macam duduk kat asrama ler pulak! Nak berak tengah malam pun fikir banyak kali uols.. sebab info yang Nufa dapat hotel ni berdekatan dengan cemetery. Nasib baik tak terserempak dengan hantu mat saleh. Gituh!
Somewhere under the blue sky @ Highway in France |
Kelebihan F1 Hotel ini cuma jaraknye yang berhampiran dengan CDG airport. Tapi lokasinye dari pusat bandar Paris, tersangat lah jauh. Selain tu takde apa yang menarik pun. Boleh je kalau nak keluar ke bandaraya Paris petang tu cuma kena tau waktu terakhir perkhidmatan bas yang disediakan. Ada peserta yang menempah perkhidmatan Uber di sana tau. Uber driver akan ambil dari pintu Hotel dan hantar semula ke hotel selepas selesai urusan di Paris. Tapi yang ni Nufa tak pasti sangat bagaimana deal yang mereka buat. Samada pemandu Uber yang sama menghantar mereka semula ke Hotel atau pemandu yang berbeza.
So, jom kita ke Paris!
Perjalanan Nufa sepanjang di Kota Paris adalah menggunakan pengangkutan awam iaitu paris metro train. Kami beli pass perjalanan ni di CDG airport dan tiket ni kita boleh guna selama sehari perjalanan. Tiket ini kena simpan elok2 ye sebab setiap kali kita keluar masuk station, kena guna tiket yang sama. Jangan lupa ambil Paris Metro Maps untuk kegunaan sepanjang berada di sana. Agak mencabar juga untuk membaca maps tu sebab semuanya dalam bahasa Perancis 😭😭 Tricknye kat sini kena tahu nama attraction places yang kita nak pergi dan dari situ boleh rujuk kepada maps. Perjalanan kami bermula dari CDG airport dan seterusnye bergerak ke sekitar Paris. Nufa nasihatkan, kalau boleh keluar la seawal pagi dari sini. Sebab perjalanan ke bandaraya Paris pun sudah mengambil masa selama satu jam. Secara jujurnye, satu hari memang tak cukup untuk explore keseluruhan Paris. Sila pastikan anda berada di sini selama paling kurang 2 hari kalau mahu betul2 enjoy Paris.
Tapi Paris ni macam dah overrated la. Ada kawasan yang agak kotor dan kita kena sentiasa berjaga-jaga dengan pick pocket. Station metro mereka pun agak suram dan Nufa rasa kurang selamat. Maybe sebab sistem pencahayaan yang kurang memuaskan serta route yang bersimpang siur buatkan Nufa jadi pening.
Jangan expect escalator disediakan di setiap station ye. Kadang tu terpaksa turun naik tangga yang agak tinggi. Metro train pun macam tu juga, ada yang setingkat ada yang 2 tingkat. Hilang 5 kilo bila balik dari Paris ni tau. Ahahahaha.. apa pun Nufa enjoy je ride ni sebab dapat bercampur dengan local people & kadang2 kita akan dihiburkan dengan pemuzik jalanan di dalam train itu sendiri.
Nufa @ Arc de Triomphe |
@ The Louvre |
Basically tempat2 yang Nufa pergi adalah tempat wajib yang kita akan kunjungi bila berada di Paris seperti Arc de Triomphe, The Lourve, Eiffel Tower, Hard Rock Cafe etc. Tapi dalam banyak2 tempat tu Nufa tak sempat pergi Notre Dame de Paris. The Lourve pun setakat berada di luar sahaja, tak masuk pun dalam muzium tengok potret Monalisa. Trip Nufa ni santai aje uols. Satu2 tempat tu kadang kami luangkan masa 2,3 jam jugak. Ahahahahaha.. Kadang kami berhenti untuk makan, kadang kami gelabah cari toilet awam, tapi banyak masa tershopping kat tepi2 jalan tu ye. Pantang nampak souvenir yang bergantung di kedai2 terus jadi kaku di situ!
Ni tips nak cari kedai makanan halal di Paris. Apa yang Nufa perhatikan, kalau street hawker/kedai/restaurant tu menjual kebab, Nufa boleh katakan ianye adalah halal. Sebab kebanyakan penjual kebab ni berasal dari negara Islam. Tapi kedai mereka ni takde la besar mana, rombongan kami aje dah penuh terus kedai tu. Dan kalau boleh, minta lah izin untuk menggunakan toilet mereka sebab sangat la susah nak cari toilet awam di Paris ni. Sebab tu kot ada tempat2 tarikan pengunjung yang berbau hancing di sana. Serious talk!
Dan kalau anda ingin menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di kota cinta ni, sila budget masa anda. Sebab akan ada kemungkinan tersesat di sana-sini memandangkan maps train yang agak mengelirukan. Nufa rasa Hop on hop off bus adalah antara pilihan yang terbaik tapi pakej yang ditawarkan agak mahal kalau dibandingkan dengan train. Choose wisely 😉
Makan kejap |
Bila nak sampai La Fayatte nih?? |
Best lepak kat sini - ada performance @ Academic Nationale De Musique |
An evening in Paris 😍 |
Kami sebenarnye sudah kesuntukan masa ketika sampai di La Fayette kerana hari sudah semakin gelap dan hanya ada 2-3 jam sahaja lagi untuk shopping. Kami kejar masa sebab takut tertinggal train. Maka dalam kelam-kabut tu tak sempat pun nak bergambar di depan La Fayette. Sepanjang perjalanan ke La Fayette, kita akan jumpa banyak outlet2 mewah serta kedai perfume merata-rata ye. Ni semua melambatkan & melalaikan kita la ni!! 😏😝
La Fayette ni sebenarnye shopping complex yang terbesar & terkenal di Paris. Ada dalam 4/5 tingkat kalau tak silap dan ia merupakan bangunan lama yang dijadikan shopping complex. Memang cantik! Kalau uols datang semasa Krismas lagi meriah dengan segala macam decoration. Apa yang istimewa sangat dengan La Fayette ni? Yang pasti harga barang2 di sana agak mahal, takde la murah pun dik non! Tapi kalau nak cari barang dengan design terkini, di sinilah tempatnye. Ada sesetengah barang tu pula cuma terdapat di Paris aje. Betul ke tidak Nufa pun tak dapat nak pastikan tapi itulah yang di beritahu oleh promoter Swatch. Katanye design yang Nufa tengok tu hanya terdapat di Paris sajork! Siap kau kalau aku jumpa jam tu di Malaysia 😤😄
So dah alang-alang sampai tu kan, claim la sekali VAT di sana. Proses ni yang ambil masa agak lama. Giler panjang barisan untuk claim VAT. VAT ni kita boleh claim terus di shopping complex berkenaan atau pun di airport. Kalau nak claim di airport, sila datang awal untuk uruskan proses claim tu ye.
Nufa rasa itu je lah yang Nufa boleh share tentang hari2 terakhir di bumi Perancis. Jangan lupa beli Laduree Macaroon di CDG airport. Kena rasa sebab macaroon tu sangat sedap. Keluar saja dari imigresen point, uols akan jumpa kedai ni.
Nufa habiskan lebih kurang RM1500 untuk entrance fees dan pengangkutan awam sepanjang 8 hari berada di sana. Maknanye total damage untuk trip ni dalam RM7500. Harga ni tidak termasuk dengan duit makan & shopping ye. Kalau ada yang bertanye tentang budget yang lebih murah, Nufa boleh katakan mungkin kos untuk accommodation, sewa kenderaan & tiket penerbangan boleh dikurangkan. Ticket flight semasa promo atau travel pada musim summer selalunye akan jadi lebih murah. Apa pun itu semua pilihan masing2.
Eh jap, lupa nak share satu benda lagi -
Daaaa...
Comments