Satu-satunya tempat di Switzerland yang kami jejaki sepanjang trip ini adalah Geneva. Itu pun kerana lokasi Geneva yang terletak bersempadan dengan homestay kami di Perancis. Dari homestay kami perlu memandu sejauh lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke Geneva, tetapi kena ingat ye Geneva bukannye berada di Perancis maka kami perlu melalui proses imigresen di sempadan negara. Konsepnye sama macam rakyat Malaysia yang ingin memasuki Singapore dan Thailand tu. Sepatutnya ada sessi soal-jawab, cop passport serta perkara2 yang berkaitan untuk keluar dari sesebuah negara lah kan.
Tapi yang membuatkan kami musykil sampai ke hari ini, bilamana group MPV kami langsung tidak tempuh dan berjumpa dengan abam2 imigresen di sempadan France-Swiss. Pelik betul rasanye sedangkan kami memandu dengan berpandukan pada route dari GPS . Dalam berhati-hati memandu tau-tau aje dah sampai Geneva. Aikkk.. Jalan tikus mana la yang kami redah ni kan? Apa pun kami tiba dengan selamat di Geneva dan membuat keputusan untuk biarkan misteri itu tinggal misteri - heh! 😨
Tapi jangan buat macam ni tau, bahaya! Kalau apa-apa hal jadi, sudah dikira seperti pendatang asing tanpa izin. Elok2 pegang tittle Malaysian citizenship, kau nak jadi PATI plak di luar negara kan? Lagi satu, masalah mungkin akan timbul bila kita mahu tebus semula VAT. VAT ni cukai barangan yang kita boleh claim semula sebelum pulang ke tanah air. Kalau takde bukti kita shopping bagai nak rak di sesuatu negara, camne nak claim VAT semula? Jangan contohi kes kami ni. Kes2 terpencil namanye. Huhuhu..
Bila dah masuk Geneva, aktiviti utama adalah shopping. Katanye di sini banyak barang yang murah, ye ke murah? Nufa tak pasti sangat pasal barang2 luxury yang lain tapi coklat dekat sini memang murah 😆
Dekat Geneva memang banyak outlet jenama terkemuka. Cuma tak sempat la Nufa nak explore semua kedai dengan masa yang diperuntukkan dalam 3-4 jam aje. Perempuan kalau shopping semua benda nak belek dan tilik uols. Jadi sebelum sampai ke sini, sila buat homework dulu di mana letaknye outlet yang kita hendak pergi tu. Kalau nak beli jam swatch, google siap2 lokasi outlet swatch di Geneva sebab di situ harga memang jauh lebih murah dari Malaysia serta ada pelbagai design terkini. Yang ni pun terkilan juga, sebab Nufa sangkakan pilihan & harga jam swatch adalah sama di shopping complex MANOR yang kami pergi. Jawapannye tidak sama sekali ye uols. MANOR ni lebih kurang Sogo/Bukit Bintang aje konsepnye. Agak terkenal di Geneva sebab dikatakan macam one stop center gituh.
Nufa juga sempat la duduk makan lepak di Sam's Tacos Burger Kebab sambil menikmati suasana Geneva yang sejuk ya ampun. Spring aje kot!
Eh lupa nak bagi tau info penting, kalau anda ke sini semasa musim bunga, ada banyak butik yang buat sales a.k.a jualan murah untuk winter collection tau. Sebab mereka nak habiskan collection yang ada sebelum bermula musim panas. Percaya atau tidak, Nufa berjaya mendapatkan jacket serta muffler dengan potongan sehingga 80%. Ahahahahahahaha!! Terus masing2 macam hilang akal shopping. Bertabah la wahai bakal suamiku 😚😙
Ini Geneva |
Geneva Lake with their beautiful swan |
Tak beli pun coklat ni. Malu aihh.. hiks! |
Nufa nak share sket info tentang gambar di bawah. Perasan tak deretan pokok tak berdaun yang ada di belakang Nufa? Itu adalah pohon Gharqad ye. Nufa perhatikan banyak betol pohon Gharqad ditanam di Eropah. Di Geneva setiap pokok yang ditanam akan dikelilingi dengan pagar. Ada hadis tentang pohon Gharqad ni, sila lah cari. Mereka sudah buat persediaan rapi dengan lebih awal, bagaimana pula dengan kita? Mari la sama2 kita fikirkan..
Okeh next entry nak cerita tentang Mont Blanc plak. Sorry tau, terpaksa buat banyak entry sebab banyak benda nak share. Hikss!!
Daaaa...
Comments