Skip to main content

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ DAY 3 @ CHAMONIX



 Hari ke-3 di Perancis kami dibawa ke Mar De Glace yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari homestay. Seperti yang Nufa beri tahu di awal entry trip ini, perjalanan kami ke tempat2 menarik di sekitar selatan Perancis adalah berpandukan kepada GPS aje. Mudah kan? Selagi kita tahu nama tempat yang ingin di tuju, insyaAllah boleh aje sewa kereta dan drive sendiri. Apa benda Mar De Glace tu? Mar De Glace ini sebenarnye adalah satu lembah yang dipenuhi dengan air batu yang terletak di Chamonix iaitu di satu kawasan cerun Mont Blanc. Terdapat gua air batu serta ice tunnel di situ, tapi tak panjang pun ice tunnel yang disediakan. Untuk sampai ke Mar De Glace kita perlu menaiki keretapi merah [tatau nama sebenar kenderaan ni 😆] dalam setengah jam perjalanan. Tetapi untuk sampai ke ice cave pula, anda perlu menuruni lebih kurang 400 anak tangga, itu pun selepas menaiki satu lagi kereta kabel menuju ke bawah lembah. Amacam, sanggup ke tidak nak turun dan naik tangga dengan cuaca -3 degrees pada ketika itu?



Nufa perhatikan, masalah utama orang Malaysia kalau bercuti ke negara sejuk adalah keperluan untuk mencari toilet. Tak tau la berapa kali berhenti cari toilet dalam trip Nufa kali ni. Kahkahkah! Semasa ke Chamonix, sempat lagi kami berhenti di toilet awam yang disediakan. Toilet kat negara eropah ni takde paip, gayung dan yang sewaktu dengannye tau. Paip dan sinki hanya terdapat di luar sahaja, kat dalam toilet takde. Seram tak? Hahaha.. so adik2 semua, jangan lupa sediakan botol kosong bersaiz kecil atau apa2 bekas kosong untuk diisi dengan air serta tisu lembab sebelum masuk dalam toilet ye. Jangan cakap akak tak payung. Gituh! 



Dekat toilet pun view cantik uols

Orang lain masuk toilet, kita pose cantik dulu





Okeh, dah sampai Mar De Glace. Sebelum naik kena beli tiket. Kaunter tiket ada dekat bangunan belakang tu.





Ini lah keretapi merah menyala Mak Ngah 😝

Enjoying the view. Subhanallah amazing


Taraaaa!! Akhirnya sampai juga di puncak Mar De Glace. Jom tengok camne rupa tempat ni. 










Kawasan lembah air batu yang sangat besar pernah Nufa lihat. Nufa tak pasti samada pemandangan ini akan kekal sama ketika musim panas [summer]. Dekat atas puncak tu terdapat satu cafe dan kedai cenderahati. Tak besar pun kedainya, maka kawasan agak terhad untuk menampung bilangan pelancong yang ramai. Antara yang dijual di dalam kedai tu adalah mineral water, hot chocolate, kek, snek ringan, t-shirt, keychain, mug etc. Harga boleh dikatakan agak mahal. Nufa beli 2 keychain di sini dengan setiap satu darinya berharga 7 Euro. 


Ice cave dan ice tunnel? Memang takde gambar sebab Nufa tak sanggup nak menapak beratus anak tangga dalam suhu -3 darjah Celsius. Rasa sedikit terkilan, tapi badan dah hampir beku. Untuk sesiapa yang hendak ke sini, kena buat preparation betul2 ye. Light down jacket tak boleh menampung tahap sejuk macam tu. Lemak2 kat badan pun macam tak berfungsi aje. Konon budget macam boleh lah kan setakat sarung light down jacket gitu. Oh tidak sama sekali. So be prepared kalau rasa nak menapak dan jejak sampai ke gua air batu di bawah lembah itu.


Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama Nufa di negara Eropah, Nufa rasa agak impressed juga la dengan mentaliti & sikap masyarakat di sana. Mereka ini sanggup berhentikan kereta ketika melihat kita ingin menyeberang jalan. Walaupun pada waktu itu lampu isyarat untuk pejalan kaki masih berwarna merah. Ini yang berlaku semasa Nufa berada di Mer De Glace. Dari parking lot area ke kaunter tiket, ada beberapa jalan yang kena Nufa lusuri. Kawasan itu juga digunakan oleh orang tempatan untuk keluar masuk. Tapi mereka sangat perihatin, pejalan kaki didahulukan  untuk melintas. Kami plak yang terkebil2 tengok kereta berhenti secara tiba-tiba. Oh begini rupanye masyarakat sini ye. Bagus kan?


Kawasan parking di Mer De Glace. Parking luas, jangan risau

My favorite pic. Macam lukisan but it's real babe!





Tempat yang cantik. Semoga ada rezeki datang semula ke sini.

Daaaaa...



*Untuk maklumat lanjut boleh refer pada website ini  CHAMONIX - MER DE GLACE







Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,