Mont Blanc @ 2nd Station |
Mont Blanc @ 1st Station |
Cantiknye Mont Blanc! Seumur hidup tidak pernah membayangkan akan jejakkan kaki ke Mont Blanc sebab Nufa bukannye sejenis hikers. Broga pun tak pernah lagi naik tetiba nak ke Mont Blanc plak. Mujur la di situ ada kereta kabel, kalau tidak Nufa tengok dari bawah aje la puncak gunung ni seperti mana Nufa melihat Gunung Kinabalu dulu. Itu pun dah teruja sesangat uols, apa tah lagi bila dapat peluang melihat dan merasai sendiri udara segar & bergolek2 kat atas permukaan salji di atas Mont Blanc ni.
Sepanjang perjalanan dari homestay ke Mont Blanc, Nufa disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Kalau berpeluang memandu ke sana, cuba lah dapatkan seat di sebelah driver. Sangat seronok melihat pemandangan gunung-ganang yang memutih di kiri dan kanan. Trip Nufa pada bulan April, jadi masih lagi kelihatan snowcap di situ.
Mont Blanc adalah puncak tertinggi di banjaran Alps dan terletak di sempadan France/Swiss/Italy. Tempat ni sangat popular untuk hiking, skiing & snowboarding. In fact, masa Nufa ke sana tempoh hari, banyak kali kami terserempak dengan geng2 mat ski tengah usung ski board. Tapi Nufa nak bagi tau, kos untuk naik ke puncak Mont Blanc ni agak mahal juga ye. Nufa naik cable car dari station Aiguille du Midi. Dari situ kereta kabel akan berhenti di dua stesen, stesen pertama dan stesen kedua dan harga untuk dua2 station ni berbeza. Cable car ni memang khas untuk sightseeing. Kalau tak silap Nufa ada banyak cable car untuk puncak yang berbeza-beza sbb ada yang pergi sana untuk skiing.
Nufa rasa berbaloi juga untuk belanjakan lebih kurang RM400 untuk sampai ke 2nd station 😬 sebab bukan selalu nak pergi pun kan. Tak tau la bila lagi akan datang ke sini. Tapi suhu di 2nd station sangat2 la sejuk. Melampau sejuknye sampai rasa nak beku. Tangan sentiasa kena pakai glove sebab suhu terlalu sejuk. Kalau sebelum ni suhu di Chamonix Mer De Glace pun sudah mencecah -3, Nufa rasa di 2nd station suhu sudah jatuh menjunam. Jadi sila pastikan anda benar2 bersedia dari segi pakaian yang sesuai jika hendak ke Mont Blanc. Di 2nd station ada banyak laluan bersambung untuk kita explore setiap ceruk puncak, samada sanggup atau tidak aje nak redah dan menjelajah di dalam suhu yang sejuk.
Antara pilihan hotel/homestay yang terdapat di sekitar Mont Blanc |
Menuju puncak Aiguille du Midi |
Sebelum tu Nufa nak bagi tau ye, bukan semua individu yang boleh berada di altitude tinggi seperti Mont Blanc ni. Pernah dengar tentang altitude sickness? Kita tahu kan bahawa bekalan oksigen memang kurang di atas mana-mana puncak gunung yang tinggi, maka akan terdapat individu yang bakal mengalami symptoms seperti mual, sakit kepala, muntah, sukar bernafas serta sakit sendi. Secara jujurnya, kita memang tidak boleh kesan sedari awal tentang altitude sickness ni kecuali bila kita sendiri sudah berada pada ketinggian itu.
Nufa sendiri pun bimbang juga semasa hendak naik sehingga ke 2nd station tapi alhamdulillah, everything went well. Cuma Ibu Nufa aje yang rasa tidak confident memandangkan umurnya sudah melangkui 60 tahun. Jadi di 1st station aje lah beliau berjimba2. Itu pun.. sakan!
Mont Blanc @ 2nd Station |
Antara kemudahan yang terdapat di Mont Blanc yang boleh Nufa senaraikan adalah:-
- Terdapat toilet dan kedai cenderahati di sebelah kaunter tiket. Itulah satu2nye toilet yang ada di situ, jadi silalah ke toilet dulu sebelum memulakan pendakian 😝
- Kedai cenderahati di bawah lebih besar dan banyak pilihan jika dibandingkan dari kedai cenderahati di 2nd station. Tetapi barang2 cenderahati yang dijual di 2nd station tidak terdapat di kedai bawah. Limited edition gituh!
- Terdapat satu bar kecil di 1st station. Ada snack ringan dan hot chocolate yang sedap. Ibu Nufa dah cuba. Tapi harga hot chocolate pun sudah 9 Euro.
Mont Blanc ~ satu pengalaman yang sangat mengujakan.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang harga tiket serta waktu operasi Mont Blanc boleh rujuk pada link ni ye CHAMONIX - MONT BLANC
Daaa....
Comments