Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ DAY 6, 7 & 8 @ PARIS

Entry kali ni kira wrap up perjalanan Nufa di bumi Perancis & Geneva. Yang sebetulnye hanya pada hari ke-7 aje Nufa berada di kota Paris. Hari ke-6 adalah hari perjalanan pulang dari homestay di selatan Perancis ke pengginapan di Paris manakala hari ke-8 pula kami sudah terbang semula ke Malaysia. Kami perlu memandu sejauh 6 jam lagi untuk sampai ke Paris dan secara jujurnye Nufa rasa sedih untuk tinggalkan Annecy 😔😭 Tatau bila lagi akan diberi peluang dan rezeki untuk kembali semula ke benua Eropah dan menikmati penerbangan berjam-jam lamanye di dalam flight.  Kami bertolak dari homestay awal pagi dan sampai di Paris lebih kurang pukul 2.00 petang. Ada peserta yang ambil keputusan bergerak sendiri ke bandaraya Paris selepas check-in di hotel. Tapi Nufa dan beberapa orang lagi peserta ambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel memandangkan perjalanan yang jauh sangat memenatkan. Tambahan pula sepanjang perjalanan kami juga turut berhenti beberapa kali di RnR untuk

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ DAY 5 @ MONT BLANC

Mont Blanc @ 2nd Station Mont Blanc @ 1st Station Cantiknye Mont Blanc! Seumur hidup tidak pernah membayangkan akan jejakkan kaki ke Mont Blanc sebab Nufa bukannye sejenis hikers. Broga pun tak pernah lagi naik tetiba nak ke Mont Blanc plak. Mujur la di situ ada kereta kabel, kalau tidak Nufa tengok dari bawah aje la puncak gunung ni seperti mana Nufa melihat Gunung Kinabalu dulu. Itu pun dah teruja sesangat uols, apa tah lagi bila dapat peluang melihat dan merasai sendiri udara segar & bergolek2 kat atas permukaan salji di atas Mont Blanc ni.  Sepanjang perjalanan dari homestay ke Mont Blanc, Nufa disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Kalau berpeluang memandu ke sana, cuba lah dapatkan seat di sebelah driver. Sangat seronok melihat pemandangan gunung-ganang yang memutih di kiri dan kanan. Trip Nufa pada bulan April, jadi masih lagi kelihatan snowcap di situ.  Mont Blanc adalah puncak tertinggi di banjaran Alps dan terletak di semp

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ DAY 4 @ GENEVA

Satu-satunya tempat di Switzerland yang kami jejaki sepanjang trip ini adalah Geneva. Itu pun kerana lokasi Geneva yang terletak bersempadan dengan homestay kami di Perancis. Dari homestay kami perlu memandu sejauh lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke Geneva, tetapi kena ingat ye Geneva bukannye berada di Perancis maka kami perlu melalui proses imigresen di sempadan negara. Konsepnye sama macam rakyat Malaysia yang ingin memasuki Singapore dan Thailand tu. Sepatutnya ada sessi soal-jawab, cop passport serta perkara2 yang berkaitan untuk keluar dari sesebuah negara lah kan.  Tapi yang membuatkan kami musykil sampai ke hari ini, bilamana group MPV kami langsung tidak tempuh dan berjumpa dengan abam2 imigresen di sempadan France-Swiss. Pelik betul rasanye sedangkan kami memandu dengan berpandukan pada route dari GPS . Dalam berhati-hati memandu tau-tau aje dah sampai Geneva. Aikkk.. Jalan tikus mana la yang kami redah ni kan? Apa pun kami tiba dengan selamat di Geneva d

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ DAY 3 @ CHAMONIX

  Hari ke-3 di Perancis kami dibawa ke Mar De Glace yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari homestay. Seperti yang Nufa beri tahu di awal entry trip ini, perjalanan kami ke tempat2 menarik di sekitar selatan Perancis adalah berpandukan kepada GPS aje. Mudah kan? Selagi kita tahu nama tempat yang ingin di tuju, insyaAllah boleh aje sewa kereta dan drive sendiri. Apa benda Mar De Glace tu? Mar De Glace ini sebenarnye adalah satu lembah yang dipenuhi dengan air batu yang terletak di Chamonix iaitu di satu kawasan cerun Mont Blanc. Terdapat gua air batu serta ice tunnel di situ, tapi tak panjang pun ice tunnel yang disediakan. Untuk sampai ke Mar De Glace kita perlu menaiki keretapi merah [tatau nama sebenar kenderaan ni 😆] dalam setengah jam perjalanan. Tetapi untuk sampai ke ice cave pula, anda perlu menuruni lebih kurang 400 anak tangga, itu pun selepas menaiki satu lagi kereta kabel menuju ke bawah lembah. Amacam, sanggup ke tidak nak turun dan naik tangga dengan cuaca