Skip to main content

BALI TRIP 2017 - KLIA2 & Ngurah Rai International Airport


Peace!


Kalau dah namanya kaki jalan tu kan, pantang ada cuti panjang sket mula la gelabah nak holiday. Ya ampun! memang sejenis penyakit betul la. Bali Trip ni pun asalnya lambat lagi nak di realisasikan tapi sape suruh bagi cuti raya cina bersambung dengan 1st February? Padan muka kena beli flight ticket last minute dengan harga yang tak masuk akal. Nasib la janji boleh pergi holiday katanye 💪😂


Okeh, Nufa nak bagi tau ni ye. Kebanyakan trip Nufa bukan la berkonsepkan backpackers style sangat. Luxury pun bukan sebab mek memang tak mampu. Lulz! Pernah dengar konsep flashpackers? Konsep Nufa lebih kurang macam tu la. Higher budget sket sebab Nufa travel dengan ibu. Contohnye macam kalau naik AirAsia Nufa akan beli hotseat. Untuk accommodation pula, Nufa akan cari hotel yang selesa. Selesa ye bukannya mewah. Dan lagi kalau ada kemudahan supir/driver, Nufa akan ambil juga sebab nak jimatkan masa & untuk elak sesat. Kecuali kalau kita dah familiar dengan sesuatu tempat tu atau lebih mudah untuk kita bergerak sendiri macam trip PD & Melaka, Nufa akan buat sendiri. So kalau ada yang minta advice tentang budget yang murah ni, Nufa tak reti nak guide. Mana tips yang Nufa share dalam blog ni sesuai dengan budget anda, boleh implement kan ye.


So here we go - BALI TRIP!!

Jangan fikir Bali hanya sesuai untuk honeymoon aje ye. Family vacation pun sesuai. Takkan la sebab kita takde partner lagi maka nak duduk mereput aje tak mahu ke Bali kan? Belasah je uols, Bali ni best.


Sebelum tu Nufa nak update sket pasal KLIA2. Oleh kerana dah setahun tak naik flight, maka ada la beberapa perubahan dekat KLIA2 ni. Dari segi layout tak banyak beza cuma please take note beberapa perkara dibawah:-

  • Kaunter check-in : buat la web check-in awal2 sebab kaunter tu dah takde kot. Kecuali untuk business/premium flex passenger, ada satu kaunter khas untuk mereka. Print siap2 luggage tag sekali sebab akan cepatkan proses dekat drop off luggage counter. Kalau tak sempat buat dekat rumah, ada banyak check-in kiosk dkt KLIA2 tu. Cumanye antara pandai dengan tak je la nak guna 🙊. Tapi sebelum tu pergi timbang dulu luggage yang kita bawa. Antara 15kg-20kg aje yang dibenarkan, jangan lebih okeh.

  • Setiap negara akan ada satu kaunter sendiri. Sila survey dulu negara yang uols nak pergi berada di kaunter mana. Jangan main terjah aje, beratur macam diva tapi lepas tu silap kaunter. Malu ye.. haha!

  • Sila datang awal ke Airport! Lebih lagi kalau anda travel semasa musim perayaan. Kena faham ye traffic kat Malaysia ni jem yang hamat kalau tiba musim perayaan. Datang awal! Nufa sendiri keluar rumah sebelum subuh walaupun flight pukul 11.30 pagi. Gigih kan?

  • Sila pasang telinga & rajin2 la cek papan informasi walaupun kita sudah diberitahu kena tunggu di Gate sekian-sekian. Naik AirAsia ni kalau flight tak delay, akan ada kemungkinan bertukar gate perlepasan. Lesson learnt!

  • AirAsia ada sediakan lounge tau sekarang. Lounge tu terletak di sebelah kiri betul2 sebelum kita turun ke gate perlepasan. Senang je cari. Lounge tu percuma untuk business / premium flex passenger. Untuk passenger class economy pula dikenakan bayaran lebih kurang RM80 untuk enjoy kemudahan tu ye. Nufa tak lepak sana pun sebab takut tertinggal flight. Hahaha.. ketakukan yang melampau aje kan?

  • KLIA2 ada banyak tempat makan. Anda pilih la nak makan sebelum check-in atau selepas check-in. Lepak chill aje okeh :-) 



Chillax @ The Loaf KLIA2




First entry ni Nufa nak cerita pasal airport aje la. Boleh ye? Kadang2 info ni susah nak dapat sebab ramai yang lupa nak share. Penting untuk kita ambil tau pasal airport ni, walaupun tidak la secara details. So camne plak dengan Bali Airport? Airport Bali ni namanye Ngurah Rai International Airport, terletak di Denpasar. Besar airport ni lebih kurang macam Airport Kota Kinabalu. Luas dan selesa. Kemudahan pun tip top. Toilet semua lengkap. Pemeriksaan imigresen pun smooth aje. Alhamdulillah! Ada beberapa points yang Nufa nak share di sini:-


  • Dalam kapal terbang dari KLIA2 ke Bali, FA akan bagi kita declaration form. Satu form untuk satu family. Declare betul2 ye. Jangan tipu2. 

  • Perjalanan dari KLIA2 ke Bali ambil masa dalam 3 jam sahaja. 

  • Ada banyak papan tanda setibanye kita di Airport Bali. So untuk first timer jangan takut ye, follow aje signboard. Ada kaunter khas untuk pemegang passport bukan warganegara Indonesia. Mereka memang asingkan kaunter.  Papan informasi tu penting, rajinkan baca sebab kat situ dah tunjuk dekat mana kita nak collect luggage. 

  • Tak perlu bayar airport tax dah sekarang sebab harga tiket dah termasuk dengan airport tax.

  • Jawab je soalan yang pegawai imigresen tu tanya. Diaorang baik & peramah. Lagi2 kalau kita kata kita dari Malaysia. Hahahaha! Perasan je aku ni 😁

  • Dekat Bali Airport ni pun ada banyak tempat makan. Nak selamat ambil makanan berasaskan ikan. Sandwich tuna contohnya. 

  • Pemeriksaan imigresen takde la begitu tegas. Mudah betul perjalanan Nufa kali ni. Suka sangat. Lepas aje selesai urusan semua tu, pintu keluar menuju ke lobby airport dah tak jauh pun. Nufa ke sana semasa 1st day Raya Cina. Ketibaan kami disambut dengan Lion Dance uols. Terkejut gegirl! Sorry tak dapat share video lion dance sebab waktu tu Nufa sibuk cari pak supir yang kami dah booking. Ramai supir yang dah tunggu client masing2 bersama sepanduk nama. Artis la sangatt..



Pak supir kami Hadi Purwadi. 


##Kaunter check-in AirAsia terletak di bahagian kiri. Untuk MAS di bahagian kanan. Kalau Malindo tak pasti kat belah mana. Kaunter imigresen plak di tengah2. 

















Last minute shopping. Sempat lagi tu!




Trip ni Nufa uruskan sendiri dari awal hingga akhir. Nufa cuma ambil supir aje kat sana. Itinerary plak Nufa minta supir yang uruskan. Percutian selama 4 hari 3 malam. Walaupun ada itinerary tapi kami tak follow sangat sebab Nufa lebih suka gaya free and easy. Lagi pun 4 hari memang tak boleh nak cover the whole Bali. Aihh! Selalunye memang camtu la kan. Kena repeat baru terasa complete 😣





Special in flight entertainment on way back to KL. So surprising! 


Next entry Nufa akan share attraction places yang kami pergi ye. Harap entry ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Bali :-)


Daa...  

Related link |




Comments

Anonymous said…
Hello, Neat post. There is an issue with your web site in web explorer, would test this?
IE nonetheless is the market leader and a large component of other people will omit your magnificent writing because of this
problem.

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,