Skip to main content

TURKI - PERSEDIAAN MUSIM SEJUK (9 HARI 7 MALAM)





Memandangkan ini adalah kali pertama kami travel dalam musim sejuk (winter), maka Nufa rasa ada baiknya kalau dapat berkongsi tips/info yang berkaitan agar kita dapat buat persediaan yang lengkap.


Sebelum ini Nufa sudah pernah merasai pengalaman kembara ketika musim luruh dan juga musim bunga. Walaupun boleh dikatakan sudah terbiasa dengan cuaca sekitar 5 - 15 Degrees, tetap juga Nufa berjaga-jaga untuk menempuhi perjalanan selama 9 hari 7 malam di Turki sepanjang musim sejuk ini. Jangan pandang rendah dengan cuaca sebab cuaca ni kadang-kala tidak dijangka. Trip Nufa berlangsung ketika permulaan musim salji, iaitu di pertengahan December. So be prepared ye.


Ini antara preparation yang Nufa buat untuk Turki trip.  Preparation ambil masa berbulan juga sebab Nufa ada habit suka beli barang-barang keperluan di awal waktu. Bila beli sikit2 takde la terasa sangat kos yang dikeluarkan. Nufa akan shopping barang keperluan di merata tempat dan tidak hanya tertumpu di Universal Traveller atau kedai2 yang sewaktu dengannya. Antara pilihan Nufa termasuklah di Lazada, Instagram online seller atau Zalora. Apa pun pilihan anda, harap membeli secara berhemah ye dan kalau boleh buat sikit research untuk elakkan scammer. Selalunya kalau anda membeli di Lazada atau online seller, barang anda akan diimport samada dari China, Korea atau Jepun. 


Pakaian/Outfit 
  • Sepanjang December cuaca diramalkan sekitar 6-10 Degrees : sejuk, hujan dan bersalji.  Of course la kan, itu la tujuannye pun bercuti semasa Winter, untuk merasai pengalaman pegang salji itu sendiri, hehehe.. Tapi pakaian semasa winter ini lah paling cerewet, leceh & berlapis-lapis. Manakan tidak, cuba lihat susun atur pakaian untuk musim sejuk seperti di bawah:-

  1. Long John/ Thermal Wear
  2. T-shirt/Blouse
  3. Sweater/Fleece Jacket
  4. Winter Coat/Jacket
  5. Jeans - sebab material tebal & lasak

 Ini untuk baju aje tau, lepas tu kena tambah lagi dengan

  1. Muffler scarf
  2. Gloves
  3. Snow cap/topi
  4. Winter socks/Stoking
  5. Winter Boots - tak galakkan guna sport shoes sebab takut jalan licin kerana snow/hujan. Itu pun Nufa layered lagi winter boots dengan waterproof spray. 

Dah macam rupa penguin plak Nufa rasa, cute kembang jalan terkedek-kedek. Hikss!! Kalau ada yang tanya samada boleh atau tidak kita skip salah satu daripada item di atas, Nufa nasihatkan jangan la mencuba. Ikut pengalaman yang lepas2, badan orang Malaysia ni memang tidak tahan dengan cuaca sejuk. Tak nak la nanti kita dapat demam selsema kat sana, dah jadi tak seronok nak travel. Nufa bawa winter jacket ni dalam 2 pasang. Boleh tukar2 kalau basah kecuali T-Shirt/Blouse/Stoking tu ikut la pada kesesuaian kita. 

Mujur la semasa kami sampai di sana, cuaca tidak extreme sejuk. Nufa dapat info yang mengatakan tahun 2019 merupakan tahun global warming. Bukan saja di Turki, malahan rakan Nufa yang bercuti ke London juga turut dapat merasakan perkara yang sama. Jadi banyak winter outfit yang kami skip pakai pada waktu itu antaranya fleece jacket, gloves & mufler.  


Ubat-ubatan
  • Selain pakaian yang sesuai, Nufa rasa ini perkara kedua  penting sepanjang kita travel tak kira apa musim pun. Kalau di Malaysia kita sudah consume dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, sila jangan lupa bawa sekali ketika anda travel. Bawa dalam kuantiti yang mencukupi okey. Untuk Nufa sendiri, ubat-ubatan yang selalu dibawa adalah seperti panadol/paracetamol, ubat cirit-birit, batuk/selsema, pain killer, ubat sakit gigi/gusi (macam kelakar tapi Nufa bawa juga ini sebab pernah jadi kes, haha..), ubat tahan mabuk/air sickness, muscle pain cream, vicks, vitamin c, minyak cap kapak & handiplast. Ubat ini semua sila letak dalam satu bekas dan hand carry aje tau. 

Jangan tak tau, tour guide Turki yang membawa group kami pada masa itu turut mengalami masalah sakit gigi. Alahaiii.. memang bad mood aje tengok rupa dia. Ops!


Universal Adapter
  • Adapter ini boleh beli dari mana-mana kedai elektrik. Nufa beli dari Senheng. Kualiti lebih bagus kalau dibandingkan dengan adapter yang Nufa pernah beli dari online seller.


Flask
  • Untuk isi air panas. Tak kisah la samada air panas kosong atau kopi/teh panas. Nampak macam tak perlu tapi kalau dah sejuk menggigil confirmed nak teguk air panas.

Losyen/krim muka & badan
  • Mengelakkan kulit kering. Kulit muka serta badan kena jaga, kalau tidak ia akan mengelupas dan gatal-gatal. Sepanjang berada di Turki, setiap malam sebelum tidur dan sebelum sarungkan Long John, Nufa akan tepek seluruh badan dengan krim ni semua. Untuk muka, Nufa tambahkan lagi dengan serum.

Lip balm
  • Letak di bibir untuk elakkan bibir kering.

Heat pack
  • Perkara paling utama untuk kita jaga semasa travel ketika musim salji ini adalah bahagian tengkuk, tangan serta kaki. Sebab itu boleh lihat Nufa letakkan list yang begitu banyak hanya untuk pakaian saja. Heat pack ni kebiasaannya kita akan letak dalam poket winter jacket untuk panaskan tangan. 


Portable bidet
  • Kalau anda travel ke luar negara, mesti fikir banyak kali bila nak guna toilet mereka kalau takde bidet. Andai kata malas nak beli sangat, sila guna botol mineral water kosong untuk diisikan air. Gunanye untuk beristinjak ye. Dekat Turki bukan semua tandas awam mereka ada menyediakan paip. Tapi yang bagus sekarang, dah boleh nampak mereka sediakan gayung di sesetengah tempat. Gayung okeh!

Cermin mata hitam
  • Untuk melindungi mata daripada angin sejuk & OOTD 😆

Pocket wifi
  • Ini setakat cadangan saja lah. Tidak semestinye kena sewa pocket wifi. Cuma kelebihannya di sini kita boleh share satu pocket wifi dengan beberapa orang rakan yang lain. Untuk orang yang malas nak ganti simkad dan taknak habiskan wang yang banyak untuk roaming, maybe boleh pertimbangkan pocket wifi ini. Nufa sewa pocket wifi RoamingMan. Ada banyak pakej yang ditawarkan dan ambil device pun di KLIA aje.

Last but not least -
Bawak lebih sabar, hahaha.. 


Nufa tak bawak banyak pun stock makanan memandangkan Nufa ke Turki dengan travel agency. Cuma setakat biskut dan coklat sajalah untuk alas perut semasa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi nama aje bawa bekal, bila berhenti dimana-mana RnR, tetap jugak membeli jajan di sana. Perangai sangat 😆


Kami di Turki antara 14 December 2019 - 21 December 2019 dan cuaca ketika itu sekitar 0 - 15 Degrees. Tapi kebanyakan masa cuaca dalam 10 Degrees saja. Waktu pagi & lewat petang boleh dikatakan agak sejuk. Cakap pun keluar asap. Hahaha.. Takde hujan walaupun ada ramalan begitu, alhamdulillah. Cumanya salji takde masa kami sampai kecuali di Uludag ski resort. Rasanya kalau nak enjoy snowfall atau salji yang agak lebat, kena pergi Turki di penghujung bulan December sehingga February. Ada rezeki kita repeat la ye, lepak lama sikit di Istanbul & Bursa, insyaAllah.


#berangantaksalah 😇




Related link |

Istanbul~Bolu |  Bolu ~ Ankara | Manisnya Cinta Di Cappadocia | Konya ~ Hierapolis ~ Pamukkale | Kusadasi ~ Bursa | Bursa ~ Uludag ~ Istanbul


Comments

Anonymous said…
Salji tebal tak atas jalan waktu mid disember tu? Ke biasa je?
NufaDeeLa said…
Dekat Istanbul salji tak turun lagi mid December masa tu, tapi kat area lain dah ada, cuma biasa je tak tebal.
Anonymous said…
Dekat bursa bp hari wak. Main snow uludag brp jam ye? Tahan ke main lelama?
NufaDeeLa said…
Anony - Kami stay dekat Bursa 1 malam sahaja. Main snow dekat uludag dekat 2 jam sebab ada budak-budak. Memang sejuk sangat masa tu. Make sure pakai outfit winter yang lengkap kalau nak main lelama.

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,